Saya Blogger. Tetapi saya juga manusia biasa. Sebagai manusia biasa, kita sentiasa terdedah kepada kesilapan. Manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Kerana manuisa itu lemah, manusia itu lalai. Manusia itu tidak semurna. Saya tersilap,namun, saya mungkin tidak sedar kesilapan yang telah saya lakukan. Oleh itu, saya perlukan teguran, atau kritikan. Teguran dan kritikan mampu membantu saya ke hadapan. Ia juga sebagai peringatan, agar saya tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Saya blogger. Tapi saya masih manusia. Manusia perlukan sokongon dan cadangan. . Ia umpama makanan minda. Ia memberi motivasi, menjadi penggerak untuk saya, sebagai seorang blogger menjadi lebih bervisi.Manakala cadangan pula, umpama baja yang akan menyuburkan pokok, supaya mengeluarkan bunga-bunga indah. Untuk menjadikan blog saya lebih indah, saya perlukan bajanya. Bajanya adalah cadangan anda. Jadi, saya perlukan cadangan anda. Meskipun saya berblog, dan ini blog saya. Tapi saya berblog, bukanlah untuk saya. Saya berblog untuk anda semua. Kerana apa? Kerana anda keutamaan saya. Kepuasan anda kepuasan saya. Kegembiraan anda juga kegembiraan saya. Tanpa teguran, kritikan, sokongan dan cadangan anda, siapalah madlut.com
Jadi, sekiranya anda ada teguran, kritikan, sokongan dan cadangan, salurkanlah menerusi borang di bawah. Saya suka anda hubungi saya.
