Ok, bulan September dan Oktober adalah musim konvokesyen seluruh Malaysia. Namun, kisah kejayaan pelajar yang dapat 4 flat belom mampu menjadi muka depan Harian Metro melainkan jika student itu ada video klip 3gp. Jika kamu masih masih tak tahu bila tarikh konvo awek/pakwe/member baik kamu, sila tanya mereka atau boleh semak tarikh istiadat konvokesyen institut pengajian tinggi awam Malaysia. Bukan apa, takut kamu terlepas beli hadiah untuk awek, tak pasal-pasal awek kamu beralih arah.
Ok, bercakap tentang hadiah, aku tahu kamu ada masalah untuk mencari hadiah yang sesuai. Kamu perlukan hadiah, jika tidak awek/pakwe kamu yang berkonvo akan merajuk, lalu mula mengusha jejaka lain yang lebih kacak. Tapi, kamu juga kesempitan wang sebab PTPTN dah tak masuk memandangkan kamu dah tamat belajar. Tersepit antara wang dan awek/pakwe adalah masalah biasa seoang manusia. Jadi, apa perlu kamu beri sebagai hadiah konvokesyen? Aku ada cadangan!.
Bajet RM50 ke RM100, Teddy bear medium size dan bunga mungkin…

Teddy bear yang bersaiz kira-kira ~60cm berharga bermula dari RM40. Boleh lihat di teddybearcute. Awek kamu mesti suka. Nak dia lagi suka, tambah sejambak bunga. Sejambak bunga hidup yang cantik boleh didapati dari RM40. Overall baru RM 80+. Walaupun bunga hidup tak tahan lama, tapi ia lebih feel dan romantis. Kombinasi bunga hidup dan teddy bear yang cute, fuhh..!!..kamu fikirkanlah sendiri. Tidakkah kamu bangga apabila malam selepas hari konvo, awek kamu hantar sms berbunyi….
“b…syg tengah peluk bear yang b bagi nie..suke sangat, thanks!”
Bajet RM20 – RM50, Bunga sahaja atau, bunga dan teddy bear small size mungkin…

Bagi aku, konvo wajib ada bunga. Tak kisahlah bunga hidup atau plastik, kecik atau besar, paling kurang sejambak mesti ada. Seperti aku kata tadi, bunga hidup boleh didapati dari RM40. Bunga plastik pula biasanya dari RM25+. Jika selepas kamu beli bunga, ada baki lagi lebih kurang dalam RM20, apa kata dapatkan teddy bear bersaiz kecil (~30cm) yang boleh didapati bermula RM18. Kenapa perlu ada teddy bear? Bunga itu elemen romantis. Teddy bear itu elemen sweet yet cute. Untuk menyemarakkan rasa cinta, elemen romantis dan sweet yet cute itu perlu ada.
Bajet kurang RM10 ke RM20, Coklat mungkin…

Dengan bajet sekitar RM20, kamu mungkin segan nak beli bunga kerana terpaksa tawar menawar. Kamu mungkin segan jugak nak beri teddy bear small size semata sebagai hadiah sebab hadiah tu akan nampak tak lengkap. Jadi, mungkin ada baik kamu beli 1 bar coklat, atau sekotak ferrero roche yang berharga RM16+ kalau tak silap. Lepas tu balutlah elok2..kasi ikat dengan riben sikit. Kenapa coklat? sebab aku rasa, kebanyakkan awek suka coklat berbanding keropok lekor.
Bajet kurang RM10, frame gambar mungkin…

Dengan RM10, semestinya kamu takkan kelihatan romantis, sweet atau cute. Kamu bagi hadiah sekadar memenuhi tuntutan awek je lah. Jadi, aku rasa di tesco ada frame gambar berharga kurang dari RM10. Kenapa nak bagi frame gambar? Nanti bolehlah awek kamu letak gambar konvonya dalam frame tersebut. Tapi mungkin dia letak gambar dia sorang jelah dan bukan gambar yang ada kamu..haha. Kalau tak nak kasi frame, belilah mug ke. Kalau di tapak konvokesyen ada jual mug yang boleh lukis2 nama tu, lagi cantik!. Letak dalam kotak, balut elok-elok. Kira win-win la jugak.
DISCLAIMER: *Harga yang aku sebutkan adalah berdasarkan pengalaman melihat-lihat di tapak konvo sejak beberapa tahun lepas. Walau bagaimanapun, ia tak semestinya tepat. Kecuali harga teddy bear dari teddybearcute.com, ia semestinya tepat
P/S: Konvo mungkin seumur hidup sekali, kalau budget banyak lagi, apa kata abadikan kenangan dalam gambar yang indah. Alif Ridzuan ada tawaran best!
next year boleh tempah nih..hehehe
kalau jual tedy bear. memang laku gila masa konvo..
titan´s last ..Naruto dan Musang Oren Sembilan ekor