The Best Things About Roti Nan Ayam Tandoori

Malaysia nie orang kata syurga makanan. Sebut saja nak makan apa, masakan Melayu ada, Chinese Food ada, Shushi Jepun ada,  Mamak style ada, western ada, ala thai ada, Nasi lemak ada,  semua ada, apa yang takde?

Aku bermastautin kat Penang, belah sini restoran mamak ada di mana-mana, sepanjang masa, 24 jam non stop!. Salah satu makanan mamak kegemaran aku adalah tandori set, iaitu roti nan, dihidangkan bersama ayam tandoori.

kredit gambar kepada relaxjom.wordpress.com

Roti nan adalah roti yang dibakar dalam tempayan dengan menggunakan haba dari arang. Manakala ayam tandoori pula adalah ayam yang disapukan rempah terlebih dahulu, sehingga bewarna kemera-merahan, kemudian juga dipanggang di dalam tempayan sama seperti roti nan tadi. Roti nan dan ayam tandoori tadi dimakan dengan kuah dal, kuah daun pudina kisar, limau nipis untuk diperah atas ayam, bersama bawang dan timun(berdasarkan pemerhatian aku, mungkin tak sama di tempat lain). Jadi, apa yang best sangat pasal roti nan ayam tandoori nie?

Roti Nan

Roti nan agak lembut, dan tak berminyak, which is baik untuk kesihatan berbanding roti canai. Bagi ahli sukan, roti nan  rasanya tak salah untuk dimakan (coach aku pernah syorkan). Roti membekalkan karbohidrat, jadi ia alternatif yang baik kalau kamu tak mahu makan nasi.

Ayam

Ayam tandoori pulak adalah ayam yang dipanggang, sama juga, ia tidak berminyak. Cuma mungkin kandungan rempah yang warna merah tu agak tinggi. Tapi apa yang aku paling suka pasal ayam nie mesti lah rasa dan teksturnya. Mungkin sebab dia dipanggang dalam tempayan, lalu ia masak dengan sekata menjadikan tekstur ayam tandoori tak sama macam ayam panggang yang lain. Tak terlalu lembut, tak terlalu keras. Just nice!

Kalau roti nan membekalkan karbohirat, ayam tandoori plak membekalkan protein. Gandingan yang baik dalam 1 hidangan.

Harga

Harga 1 tandoori set sekitar RM 6.00 ke RM 8.00, lebih murah dari hidangan di restoran fast food. Aku selalu makan ayam tandoori malam-malam bila aku rasa malas nak makan nasi. Murah dan mengeyangkan! :) . Tak percaya? P la try..

P/S: ada tak restoran mamak yang buat program affiliate :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About madlut

Insan biasa. Tidak sempurna. Penuh tercela. Aku dijadikan asalnya tiada apa-apa. Sedang berjalan mengenal tuhanku. Jika aku berhujah, itu hanya pandanganku semata-mata, bukan fatwa. Bisa salah dimatamu. Andai begitu, tegurlah aku.
This entry was posted in Makanan, Umum and tagged , , , . Bookmark the permalink.

19 Responses to The Best Things About Roti Nan Ayam Tandoori

  1. ejoncb says:

    Sedap!!! kat mamak rasanya ni je lah makanan yg paling saya suka selalin maggi goreng mamak..

    sedap tuh!! terliur…

  2. Eizil says:

    Dah lama tak pekena ayam tandoori ngan roti nan, cuma aku suka cheese nan (tetiba rasa macam tak sihat laks). Kat sini susah nak cari kedai yang jual roti nan, kalau ada pun macam tak sedap jer. huhuhu
    Eizil´s last [type] ..Dalam kelembutan boleh membinasakan

    • madlut says:

      hehe..cheese nan pun ok lagi la, sbb ia still dibakar tanpa minyak kan. Roti nan ayam tandoori nie memang mamak je sedap..emm, memang kat kelantan jarang jugak jumpa

  3. mijie says:

    aku suka part ayamnya sahaja, hahaha kadang2 aku makan nasi minta ayam tandori…roti nan tu aku ckp tak nak…

    kat penang murah juga tu, kalau kat cyberjaya ni memang mahal harganya
    mijie´s last [type] ..Kisah hantu di ofis ku

  4. zik says:

    kat kl lagilah mahal…. dekat 10 hengget, ikut tempatlah… ada lagi yang belas2 tuh… hadoiii
    zik´s last [type] ..Kelakar- mari belajar menggunakan bazooka

  5. titan says:

    yap. harganya memang sekitar tu. Tapi makan benda ni, memang kenyang gila..
    titan´s last [type] ..Edisi Siasat – Buat Duit dengan YMads

  6. suri says:

    sy suka capati hee.mmkn 1 daqh kenyang laian2 menu tak mint huuu…

  7. Dilla Rosly says:

    yummy!! tapi tak pernah pulak try mkn roti naan dgn ayam tandori… slalu mkn roti naan cheese jep… Bole la g try pasni kot… hehehehe

  8. sayacomel says:

    lapar dibuatnya..kena cari gak roti nan nih..
    sayacomel´s last [type] ..Comel Sangat – Anugerah Saya Paling Comel dalam kelas

  9. bujang3 says:

    walaupun dah banyak kali dengar orang dok citer pasal roti nan dan ayam tandori nie, sampai la nie, aku masih belum try test lagi… sedap kot nooo !!!!

  10. aimannajmy says:

    haha mak aiih lapaq pulak tengok gambaq nan tuh hoho, mak aiih dah lama sungguh aku tak jejak USM huhu, byk tui kenangan pahit aku kat induk, cam malas nak pi pasai nanti terkenang huhu

  11. akubiomed says:

    Semasa bertugas di Miri Sarawak dahulu memang kurang sangat menyentuh nasi boleh dikatakan menu tengahari dan malam adalah roti Nan dan Ayam Tandoori kerana berkawan dengan expatriate dari India

  12. samdaddycool says:

    Aku silap baca entry ni (waktu tengah kebulur :D ) .. serius terliur aku.. perghhh.. Aku biasanya masa lepak dengan Sangilapi layan naan + tandoori ni, tu pun tak abis share 1 portion ayam.. , memang kenyang giler.
    samdaddycool´s last [type] ..Facebook dan Twitter – lubuk duit untuk Says- ChurpChurp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge