Expert author Ezine Article

penantian satu penyiksaan

Seminggu dua nie memang hidup aku tak keruan sangat, sebabnya aku menanti sesuatu. Betul la orang kata, penantian satu penyiksaan. Terseksa betul bila setiap kali buka email, email yang diharapkan tak kunjung tiba. Macam-macam perasaan ada, excited, rasa macam nak hempuk laptop, semua ada. Sebenarnya, email apa yang aku tunggu sangat tue?

Pertamanya, aku menunggu permohonan Google Adsense aku. Dulu aku pernah ada akaun adsense. Pernah merasai kemanisan duit adsense. Tapi biasalah, adatlah dalam permainan adsense nie, angin takde ribut takde, dapat email akaun aku dibanned. Silap aku jugak letakkan ads adsense pada site bahasa Melayu. Sejak dari tu, terhentilah nikmat duit adsense aku.

Lama jugak aku rehat dari adsense. Tapi lepas je aku baca 1 ebook pasal adsense nie, aku rasa why not aku buat balik kan. Lagipun dulu memang aku dah pernah buat dan pernah dapat duit adsense nie. So, tu yang apply balik tue. Aku apply guna niche blog aku yang dulu. Sampai ke hari ni Google diam je. Takpe, aku tunggu. Tapi kalau masuk je 2 minggu google diam jugak, haha, terpaksalah apply guna blog baru.

Yang keduanya, entah aku buang tabiat ke apa, 2 minggu lepas jugak, aku gatal tangan nak submit artikel ke ezine article. Maka aku karang la satu artikel dalam lebih kurang 250 patah perkataan. Lepas 2 hari, aku karang lagi 1 artikel. Total semua 2 artikel aku submit ke ezine. Nie pun buat aku tak keruan jugak. Setiap hari aku login untuk tengok samada artikel aku dah diapprove atau tidak. Hari ini, segala persoalan telah terjawab. Aku kini expert author ezine article..hahaha..aku gelak besar.

expert author

Kat sini, aku nak ucapkan terima kasih la kepada beberapa blog yang telah berjaya meracuni pemikiran aku submit artikel ke ezine, antaranya writer-4-hire, ideas think share, faezon, mijie dan rezeki murah.

Alah, bukan apa-apa pun jadi expert author ezine article nie. Aku yakin ramai kat luar sana yang dah lama jadi expert author. ia adalah pencapaian yang membanggakan la bagi aku yang tak berapa nak pandai bahasa inggeris nie. Haha. Nak tips? Tips aku, kalau rasa nak buat, buat je, kalau rasa nak submit, submit je..haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About madlut

Mohd Lutfi atau lebih dikenali dengan nama madlut. Seorang lelaki tulen dan masih lagi belajar. Minat bersukan. Jika anda berada di Pulau Pinang, dan nak ajak madlut main futsal atau main bola, silalah hubungi saya..haha
This entry was posted in Peribadi and tagged , , . Bookmark the permalink.

32 Responses to Expert author Ezine Article

  1. samdaddycool says:

    Aku nak ucap tahniah. Bukan semua orang boleh ada keyakinan nak mengarang 250 perkataan dalam English, apatah lagi submit ke ezine article.

    Aku pun belum pernah submit ke sana..
    samdaddycool´s last blog ..Gambar cctv pilih coliMy ComLuv Profile

  2. syahrilhafiz says:

    pergh..
    ada la tu nanti rezekinya
    terbaik lagi ok..
    syahrilhafiz´s last blog ..Moovida – Pemain Media Percuma dan Persekitaran Grafik 3DMy ComLuv Profile

  3. aimannajmy says:

    perghh mantop seot huhu…tak pernah lagi aku nak try antaq p ezine huhu…mungkin leh cuba pasni haha.. kat artikel tuh ang letak link ke blog ang ka
    aimannajmy´s last blog ..Kisah Sambutan Tahun Baru 2011 di Penang Part AkhirMy ComLuv Profile

    • madlut says:

      hang try ja antaq, janji unik dengan grammar betoi, guna simple language pun boleh.

      yep, aku link p ke blog aku la, tapi niche blog la..hehe

  4. ejoncb says:

    wah!!!..tahniah!! nanti sabmit lagi..ley dpt dwet pe submit kt situ..hehe

  5. zik says:

    aku tak pernah apply ezine nie.. hurm , tapi yang lain pernah lah…
    zik´s last blog ..Sabun yang mempunyai nilai artistikMy ComLuv Profile

  6. cayalah madlut. tak sangka boleh dapat macam tu. dah lama juga teringin nak hantar artikel kat ezine. lepas ni try lah tuk hantar…hehehe….

  7. aku dah submit satu article ke ezine nie… dah agak lama approve…

    dah 2 3 kali cuba hantar artikel ke 2 tp tak approve2 pulak… dah lama2 tu dpt emel sbb dia rejek… rupanya sbb aku letak link ke blog peribadi aku (akulearn.com) yang tulis dalam BM tu…

    nnt lepas ni test submit semula… :-)
    Fahmi Raazali´s last blog ..Beza di antara Tahu dan Tak TahuMy ComLuv Profile

  8. deCrewz says:

    Lum pernah apply google adsense.. Klu apply pun ak letak mna, blog BM.. Kalau nak letak tumpang blog org blh la..he3

    p/s : disebabkan kebutaan BI lah Jai x apply..he3
    deCrewz´s last blog ..Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011My ComLuv Profile

  9. sangilapi says:

    adsense ni kalau pejabatnya sebelah rumah mak aku dah lama aku bakar !……kahkahkah

    madlut,apasallah ko letak kat blog melayu adsense tu ?
    sangilapi´s last blog ..bengkel blackberryMy ComLuv Profile

  10. sangilapi says:

    lupa plk nak cakap,ada baiknya ko cuba bidtraffic pulak,madlut :)

    bidtraffic lebih lemah lembut dengan berbanding adsense,akaun kita tu payah nak kena bann.

    misal kata kalau ada klik yang mencurigakan dorang,hanya nilai klik tersebut yang dipotong,klik yang lain tidak terbabit langsung :) ….cubalah !
    sangilapi´s last blog ..bengkel blackberryMy ComLuv Profile

  11. akubiomed says:

    Tanniah dapat pengiktirafan dari Ezine :-)
    akubiomed´s last blog ..Apa terjadi pada 11111My ComLuv Profile

  12. Na Einazwa says:

    Salam..
    Tahniah kerna berjaya mensubmit artikel…Semangat mau kuat br apa buat semua jadi…hehehe….
    Na Einazwa´s last blog ..SYILING LAMAMy ComLuv Profile

  13. salam…
    wah dah lama joit tapi leceh lah klu kena buka blog baru pula ..

  14. etomyam says:

    tahniah atas kemajuan…aku punya akuan dah tak aktif la pulak hehe
    etomyam´s last blog ..Tutorial Penggunaan Aplikasi E-SolatMy ComLuv Profile

  15. Dila.13 says:

    Tahniah, madlut! sebenarnya tak susah mana pun kan nak hantar ke EzineArticle. yang penting tahu apa yang nak ditulis, olah ayat dengan baik dan masukkan keyword. Lepas ni boleh la tayang badge Expert Author kat blog ni ;)
    Dila.13´s last blog ..Soal Jawab Ringkas Tentang Penulisan Artikel Online Part 2My ComLuv Profile

  16. Tahniah bro, aku pun belum lg jd expert lg, hahahah
    aktechpage.com´s last blog ..Komentar Daripada Penyokong Indonesia Yang WarasMy ComLuv Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled