Post hari nie pasal isu semasa sket. Akhir-akhir ini, banyak pula video-video yang menayangkan lelaki yang terkantoi berzina, berkhalwat dengan anak orang, bini orang, adik orang, dan macam-macam lagi la kes yang tak berapa sedap didengar nie. Yang lagi tak bestnya, kebanyakan video itu bahasa utara.

Bagaikan ada tarikan magnet, lepas 1 kes, terjadi pulak 1 kes, sehingga hari ini dah banyak video kantoi main dengan bini orang yang saya tengok. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang menarik perhatian blog ini, dan ingin sama-sama mengajak pembaca-pembaca budiman sekalian melontarkan buah fikiran masing-masing. Di sini, persoalan wajarkah dibangkitkan. Antara perkara-perkara yang menarik perhatian blog ini adalah:
1. Dalam banyak video kantoi main dengan bini orang nie, situasinya sama. Iaitu si pesalah yang terkantoi akan ditumbuk, ditendang, atau diterajang. Pendek kata, dibelasah tanpa si pesalah itu melawan. Lawan? Nak mampus, orang kampung dok kepung kelililng. Persoalannya, wajarkah mereka mengambil tindakan sendiri membelasah pesalah itu?
2. Dalam banyak video juga, yang selalu kita lihat kena belasah ialah si pesalah lelaki. Tetapi, video tersebut ialah video kantoi main dengan bini orang. Bukan kantoi rogol, atau cabul bini orang. Apa yang blog ini faham disitu, kes ini berlaku dengan kerelaan si wanita. Bermakna wanita jugak bersalah. Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Kalau wanita jugak bersalah, kenapa tak belasah wanita sekali? Adilkah belasah pesalah lelaki sahaja? Mungkin sebab wanita tu wanita, takkan lelaki nak belasah wanita kan. Apa kata, panggil makcik makcik kat kampung, belasah wanita tue, belasah cara wanita la. Yang lelaki belasah cara lelaki. Baru adil kan, sama-sama buat, sama-sama kena belasah.
3. Wajarkah video sebegini diupload dan dipaparkan pada umum. Kalau wajar, untuk apa? untuk beri pengajaran atau untuk malukan si pesalah tersebut. Pesalah tu dah teruk kena belasah, lepas kena belasah, semestinya dia akan kena denda dengan jabatan agama. Tak cukup ke kena belasah, kena denda dengan jabatan agama, kemudian dimalukan dengan video sebegini, Adakah si pesalah tak punya keluarga? atau sanak saudara? yang pasti akan turut sama menanggung malu bila video video sebegini tersebar?
Blog ini bukanlah nak bela sesiapa ataupun nak salahkan sesiapa. Sekali sekala nak membincangkan soal serius dan ingin mengetahui pandangan rakan-rakan. samada dari perspektif agama (paling utama), ataupun logik akal atau dari apa sudut sekali pun sangatlah dialu-alukan, dengan syarat, tidak unsur menyalahkan sesama sendiri dan menghormati pandangan orang lain. Tiada yang betul, tiada yang salah kat sini.
p/s: kalau ikutkan hati…geram nak join sekaki belasah..
susah gak bile sume mende nak di rakam..adei! byk tul cctv segera dan sanggup ditayangkan percuma. Aku rasa tak patut di tayangkan kepada org ramai ataupun dikongsi oleh sesiapa sahaja. Memburukkan keadaan yg dah sedia ada buruk.
catzer´s last blog ..Oh Hujung Tahun
ada je wartawan merakamkan di tempat kejadian..huhu,
menarik isu nie… bagi aku la… sesiapa yang terkena (bininya main kayu tiga, empat, lima), tentunya tersemat perasaan amarah yang amat sangat.. aku setuju… sapa yang tak marah… cuba hang fikir… kalau la bini kita yang buat angkara… nak diam saja ka…. dan aku sangat pasti… sebagai manusia yang normal, mungkin ada yang sampai tergamak membunuh.. tengok contoh Along Spoon yang mati kena belasah ngan seorang polis ..gara-gara main cinta ngan bini si polis tu… normal la tu.. cuma kalau boleh… jangan la sampai ke peringkat membunuh… walau pun aku paham dengan tahap kemarahan yang meletus didada….
Rakam dan siarkan kat internet… tu aku tak berapa setuju.. bukan nak menyokong si pesalah… tapi yang akhirnya menerima tempias aibnyer, tak lain dari si suami jugak… maluuuu oooiii!!!!
Apa pun.. tepuk dada tanya selera lahhhh!!!
so… dengan kata ringkas nyer… aku pilih.. tak wajar la….
kesimpulannya dari pandangan ko yang aku turut setuju adalah
1. kalau jadi kat anak bini kita, wajar ke tak wajar, mesti geram dan marah sangat, memang kita belasah (aku pn mesti nak belasah jugak kalau jadi kat keluarga aku)
2. Upload video tak elok la noh..nak buat apa, belasah saja cukup la noh..
sepatutnya klip video mcm tu tak payah nak di upload atau kongsi ngan orang ramai, banyak pulak kesan lain yg akan timbul
etomyam´s last blog ..eTomyam As EzineArticlescom Expert Author
nak tunjuk la katakan..
pelik kan orang kita sekarang..hurmm
syahrilhafiz´s last blog ..Sumber TerbukaCom Di Hack oleh The Kabus
mereka seronok kot memalukan orang…
syaitan dah mula merasuk dlm diri nih
pada aku tak wajar video tu, kalau cerita yg disampaikan untuk pengajaran ok la tapi kalau siap video pukul memukul tu memang tak patut la, membuka aib, pompuan, lelaki dan suami
p/s:aku pun tengok video tu minggu lepas, teruk laki tu kena belasah
kat mana2 pun video pun memang dorang belasah lelaki je mijie..;)
pada pendapat aku, tak wajar kita dedahkan aib org. Part membelasah ni pun satu hal, jgn belasah smp mati sudahlah.
jika benar berlakunya perzinaan..bawa ke muka pnegadilan (walaupun kita sudah tidak islamik). biar mahkamah putuskan atau si suami putuskan.
pada aku, lelaki atau pompuan tetap sama2 salah.
ikut hati yang jahat ini, memang nak belasah…tapi bagi aku, biarlah orang yang berhak je belasah, macam suami, abang ke, adik..hehe..dan macam bro cakap, jangan belasah sampai mati sudah..huhu
tapi pmpuan pun patut jugak kena bagi pengajaran sikit..
tak wajar..
sungguhpun ia hanya utk membalas dendam dan sebagainya..
salah satu cara utk orang2 kita nak mentry perkara yang sama mungkin ada besar kemungkinan kot..
risau anak2 muda akan mengikuti jejak langkah sebegini..baik yang tua, muda, budak2 sekolah akan meniru aksi sebegini amatlah bahaya sama sekali..
memang tak dibenarkan membuka keaiban orang
salah besar tu
orang salah perlu dihukum setimpal dengan kesalahannya
ikut undang2 la
lagi bagus kalau ikut undang2 islam
saya pun merasakan itulah yang sebaiknya..teringin jugak ingin melihat hukum islam terlaksana di bumi malaysia..
kantoi berzina dengan bini orang? islam dah ada jawapannya untuk kedua-dua pesalah dalam hal ini
no 1 tu,kalau ikut kepala aku[pendapat peibadi] kasi hentam cukup-cukup baik lelaki mahupun perempuan !!!…..kahkahkah
*kekerasan itu kadang-kadang perlu dalam sesetengah perkara*
segala pendapat di atas adalah dari seorang yang panas baran

sangilapi´s last blog ..entah kenapa
berzina tue memang dah ada jawapan sangilapi..kena rejam
tapi hukum membelasah dan mengupload video nie..nak tahu jugak, adakah islam membenarkan kita membelasah, kemudian menguploadkan video yang kadang2 memalukan nie..hehe
*aku pn ada keturunan panas baran nie..hehe
pada pendapat peribadi aku:
1. Disebabkan hukuman zina dengan isteri orang kat Malaysia tak ikut hukum dalam Quran, maka afdal kiranya belasah kaw2 laki / bini orang tu.
2. Ikut hukum, wajar dipertonton dikhalayak – jadi alu sokong dan memang bagus, upload kasi tunjuk bahalol-bahalol di luar sana, untuk tauladan dan sempadan supaya tak sibuk bermukah dengan bini orang.
tak perlulah tunjuk kat orang..
kalau kantoi tu pandai2 la selesaikan..
jangan nak perbesar kan
nanti maruah sendiri tercalar
ada ke patut…
Syafrizal´s last blog ..Pengambilan gula berlebihan membawa penyakit kronik
Bagi aku, walaupun memang orang tuh salah, kita kena hati-hati gak bila belasah ke atau pukul kononnya nak beri pengajaran, sebab negara kita ni ada undang-undang, ada peraturan. Kalau bukan kita yang ikut, siapa lagi kan? Kalau belasah-belasah tuh, yang dipukul tuh terbunuh plaks, dah timbul hal lain laks.
Kita ni manusia, ada akal fikiran, kena aa guna akal fikiran untuk atasi masalah2 macam ni, bukannya dengan menggunakan perasaan amarah dan kekasaran sebegitu.
-sekadar pendapat
Eizil´s last blog ..Dilema seorang suami
sepatutnya takyah upload, tp sbb permintaan ramai kn kt video mcm tuh, so, ramai la dok galak nk upload. Yg pukul pun salah, yg wat pun salah,..mcm org tak bertamadun jer dok pukul2..bukan dpt ape pun. last2 yg takde kaitan pun dok join pukul sje2
Pandangan saya
1.Dari segi undang-undang tak boleh belasah.Biasanya manusia akan marah jika kes2 sebegini terjadi kepada org yang mereka kenal.
2.Biasanya orang tak belasah wanita,org belasah lelaki…walaupun pmpn tu yang ajak,adatlah la kan lelaki suka memikat,kesalahan diletakan pada lelaki.
3.Dari segi hukum islam,tidak boleh membuka aib seseorang,memang tak wajar siarkan
susah sekarang nie.. semua benda nak dishare/upload … bila teknologi dah semakin canggih… banyak pula keburukan dari kebaikannya..
zik´s last blog ..Selawat syifa
erm agak setuju dengan pendapat madlut. wanita pun bersalah jugak. tapi orang tetap tak belasah wanita tu. pelik kan??
AzketOm´s last blog ..IKAT TOPI KELEDAR ANDA!!
Memang aku setuju dengan pandangan kau,
cuma nak tambah satu je lagi, sepatutnya wajah pellaku disiarkan di majalh atau TV, sebab kalau ikut hudud pun hukuman dijalankan di khalayak ramai,
Ps :bab video tu aku tak setuju ditayangkan silap silap orang yang pukul tu boleh disaman oleh yang kena pukul… (kes naya tu)tu dah boleh jadi bukti yang nyata tu
dnoBiz´s last blog ..Tok BoMoh Power – “Terpegun”
memang x wajar silap2 biru mata
Tak wajar sebenarnya video camni didedahkan. Tapi trend skrg ni, hasil video lucah tu menjadi pendapatan utama sesetengah orang. Aku pernah terbaca artikel ada satu blog yang menjual video2 lucah yang ‘fresh’ di blog2. Untuk download kena jadi membership dahulu.
Bukan setakat video ‘main dengan bini org’, dengan awek2 la ke-biasaan-nya…
Baloot´s last blog ..Tumblr MicroBlogging Platform dan Download Tumblr Themes Percuma
kita sume ade undang2….cbe bayangkan adik kite atau kakak kite yg kena sebegitu rupa….apa tindakan anda….adakah anda mahu belasah seperti didalam video……fikirlah dengan menggunakan akal fikiran jangan lah menggunakan ati dan perasaan yang dikawal oleh syaitan….sekian…
tetapi di negara kite ni undang2 dah ade enakmen pun telah dibuat….cume tak melaksanakan je…contohnye…orang minum arak…apa hukuman die….??tak de kan…sama2 la kite tegakan maruah agama kite…lihat di sekeliling kite ape dah jadi…mari lah sama2 kte bertaqwa kpda allah semoga mndapat rahmat dan hidayah untuk mnjalani jalan yg benar…insyaallah….sekian…