Sambutan Kemerdekaan kali nie hambar?

2 3 hari lepas, ada menonton laporan berita di TV9 mengenai sambutan kemerdekaan Malaysia tahun ini. Rata-rata respondan mengatakan bahawa sambutan kemerdekaan kali ini sedikit hambar. Aku sendiri pun merasakan begitu. Sampai sekarang, aku tak tengok lagi pun walau 1 iklan merdeka kat t.v. Mungkin iklan tak banyak atau aku yang jarang tengok t.v. Tapi, tak jugak rasanya, sebab tahun lepas aku rasa meriah juga sambutan kemerdekaannya. Bendera pun banyak dikibar tak kiralah samada di kereta-kereta, atau di bangunan-bangunan. Pertandingan membuat bendera terpanjang, bendera terpanjang daripada kek, bendera terpanjang daripada macam-macam lagi. Tapi, tahun nie, macam takde pun. Memang takde atau aku yang tak alert?. Kalau aku yang tak alert, kenapa pulak aku alert dengan berita TV9 tuh? hehe. Kenapa ye sambutan Merdeka kali ni hambar? Berikut adalah beberapa sebab yang boleh aku kaitkan.

  • Tarikh merdeka jatuh dalam bulan Ramadan, oleh sebab ramai yang berpuasa, mereka tak bertenaga nak sambut merdeka
  • Tarikh merdeka jatuh dalam bulan Ramadan, mereka lebih tumpukan pada aktiviti berpuasa, berniaga di bazar ramadan,  dan persiapan raya berbanding merdeka
  • Kerajaan mengumumkan sambutan kemerdekaan akan diadakan secara sederhana bagi menghormati ramadan, konsert-konsert digantikan dengan sambutan berunsurkan keagaamaan. Tak meriah jadinya sebab selama nie ramai orang semangat nak sambut merdeka sebab ada konsert percuma. Bukan sebab mereka menghayati erti merdeka.
  • Bendera kurang dikibarkan kerana tiada orang bagi bendera percuma. Syarikat-syarikat korporat banyak menderma untuk anak yatim sempena bulan puasa, takde bajet untuk bagi bendera..hehe
  • Orang malas nak sambut merdeka sebab harga gula dan minyak naik (parti politik suka la guna sebab nie..haha)

Bagi aku, walaupun bagaimanapun sambutannnya, yang penting dalam hati. Merdeka memang buat kita gembira, tapi bukannya hari untuk bergembira. Bagi aku, ia adalah hari untuk mengingatkan, mengingatkan kita, yang satu masa dahulu, kita pernah dijajah. Kalau tiada sambutan hari merdeka, kita akan lupa. Kata seorang ahli sejarah terkenal (ada dalam buku teks form 5 masa aku belajar dulu, tapi aku tak ingat namanya)

“orang yang melupakan sejarah, akan mengulanginya semula”

Kita mesti tak mahu dijajah semula kan. Jadi, sama-samalah kita beringat. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 53

p/s: jom kibar Jalur Gemilang..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About madlut

Mohd Lutfi atau lebih dikenali dengan nama madlut. Seorang lelaki tulen dan masih lagi belajar. Minat bersukan. Jika anda berada di Pulau Pinang, dan nak ajak madlut main futsal atau main bola, silalah hubungi saya..haha
This entry was posted in Umum and tagged , , . Bookmark the permalink.

28 Responses to Sambutan Kemerdekaan kali nie hambar?

  1. ejoncb says:

    selamat hari merdeka jugak..awk pun merdeka jugak tak lama lagi..haha

  2. Pingback: Saya bebaskan awk sempena bulan kemerdekaan yg agak hambar ini. | Faezon dot com

  3. etomyam says:

    aku sentiasa meraikan merdeka, paling kurangpun dalam blog sendiri hehehe :D
    betul jugak tu kot…tahun ni tak dapat bendera free :D
    etomyam´s last blog ..Latest Top Discounts And Warehouse SalesMy ComLuv Profile

  4. suri says:

    yalah sungguh tersa kehambaran tu..tapi sbg anak jati Malaysia kita harus berbangga deg negara kita kan…

    cayalah bro dah kibarkan bendera kat blog …

  5. mijie says:

    hambar sebab orang ramai tengah kemaruk nak sambut perayaan la kot, tapi bagi aku biar kita ingat didalam hati dan faham erti kemerdekaan
    mijie´s last blog ..Hidup seorang blogger part 1My ComLuv Profile

  6. khairiah ariffin says:

    mendeka!!!!! mendeka!!! bley tagha 2??? hahhaa

  7. Syafrizal says:

    eloklah kita berdoa di bulan puasa dari buat konsert2 ni…
    Syafrizal´s last blog ..Sijil Halal- Jakim ibarat ‘harimau tanpa taring’My ComLuv Profile

  8. Hadi Rofiee says:

    Kemerdekaan & perayaan aidilfitri, di samping bulan Ramadhan juga,. mungkin sebab2 ni kut. :-)
    Hadi Rofiee´s last blog ..Yang Tersirat &amp Yang TersuratMy ComLuv Profile

  9. sangilapi says:

    penjajahan akan terus berlaku bersesuaian dengan peredaran zaman melainkan kita merdeka scara hakiki :)
    sangilapi´s last blog ..kenangan abadiMy ComLuv Profile

  10. zik says:

    takpe yang penting kat blog nie pun macam dah meriah jugak la..ada yang pasang bendera tuh..siap berkibar lagi..walaupun takda angin… hehe
    zik´s last blog ..Tun Dr Mahatdhir bantah bina Jambatan ke Langkawi- pendapat andaMy ComLuv Profile

  11. ishak says:

    selamat hari merdeka bro ;D

  12. zezebel says:

    Dah ekonomi tak bagus, duit takde. macamana nak sambut merdeka dengan meriah. nak pasang bendera banyak-banyak kat pejabat tu perlukan duit. lain la kalau ada bendera lama kat dalam stor.

    Tapi TV tu tanya begitu, kat opis dorg dia ada tunjuk tak?
    zezebel´s last blog ..Pro blogger play dirtyMy ComLuv Profile

  13. Eizil says:

    Aku tetap setia mengibarkan bendera di kereta, cuma kali ni versi yang tampal kat dalam kereta, melekat kat cermin, sebab kalau letak kat luar, selalu sangat dicuri.

    Apapun, bagi aku, sambutan merdeka tak penting, pemahaman dan penghayatan merdeka itu lebih penting.
    Eizil´s last blog ..Bangun pagi- buka tudung periukMy ComLuv Profile

  14. hanif says:

    selamat menyambut kemerdekaan bro..semoga negara kita terus aman dan damai…amin
    hanif´s last blog ..Jalur Gemilang Sudah Berkibar Di Blog IniMy ComLuv Profile

  15. bujang3 says:

    tak nak ketinggalan… SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA !!!
    bujang3´s last blog ..Aiskrim buatan sendiri untuk juadah berbuka puasa !!!My ComLuv Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled