Hari ini mau rilex sikit, jadi entry pun cerita yang rileks-rileks je..hehe
Aku sekarang di kampung, dah 2 hari bercuti sempena Nuzul quran. Walaupun di rumah di kampung, tapi masih lagi mengamalkan corak kehidupan di rumah bujang, lepas sahur, apalagi tidola..hehe.
Dalam lebih kurang pukul 9 pagi tue (tido kat ruang tamu), jam loceng yang tidak diset pun berbunyi (nenek aku daa…). Lut..bangun…bangun….. Aku masih lagi nak tidur, tapi dah tersedar. Nak bangun pulak malas…ahhh, tido la balik. Baru je nak pejam mata semula…jam loceng yang tidak diset kedua pulak berbunyi (mak aku daa..). Lut..bangun…bangun…..Alahai, nak tak nak kena la bangun walaupun niat di hati nak sambung tido.
Patut la nenek aku beria kejutkan aku, padahal sebelum nie jarang dia kejutkan melainkan time subuh. Rupa-rupanya nak mintak tolong aku cucikan kolam ikannya. Kolam ikan tue memang dah lama tak dicuci, sejak bertukar maid 2 bulan yang lalu. Maid yang lama selalu cuci. Maid yang baru nie takut nak cuci, sebab al-maklumlah, kolam tue memang kolam ikan perhiasan, tapi isinya bukan ikan perhiasan, tapi ikan ternakan. Ikan apa? Ikan Patin dan Ikan Kaloi. Saiz ikan tersebut memang besar-besar la jugak, seekor dalam purata 500g ke 1 kg. Maid tue jadi takut nak cuci. Geli dan takut kena sengat katanya. Tak pe, nak buat macam mana.
Nenek aku yang sorang nie memang minat menternak. Al-maklulmlah, orang lama. Dulu masa dia kecik-kecik, dia cakap, jarang-jarang pegi pasar beli lauk. Kalau pegi pun, untuk beli ikan laut. Yang lain, semuanya makan hasil ternakan dan tanaman. Nak makan ayam, sembelih sendiri. Telur, ambik telur ayam. Ikan, pegi mengail di sungai. Sayur, petik je di pokok. Pendek kata, masa zaman dia muda-muda, memang duit tue jarang sangat nak guna.
Jadinya minat dia menternak nie terbawak-bawak sampai tua walaupun umurnya dah 80 lebih. Sebab tue dia tak letak ikan perhiasan dalam kolam tuh, dia letak ikan ternakan. Katanya, buat apa letak ikan perhiasan, bela lama pun tak besar-besar, kecik dan tak puas nak makan. Bela ikan patin, kaloi, boleh jugak buat makan.
Bila bela ikan ternakan, memang kolam agak cepat kotor. Yelah, ikan ternakan, makan banyak, buang pun banyak. Kolam kecik je, jadi mestilah selalu kena cuci. Sebab tu lah nenek aku beria keujutkan aku pagi nie.
Takpelah,sekali sekala cuci kolam apa salahnya kan, bukannya letih mana pun, hehe. Cuti – cuti Malaysia…cuci – cuci la Kolam..lalalala
Dah dekat nak siap cuci, nenek aku pun kata, Lut, kalau nak makan, ambik le seekor dua (sebenarnya, aku dah tau taktik nenek aku nie, dia yang nak makan sebenarnya, tiap biasala orang tua kan..hehe). Aku cakap tak kisah la tok (panggilan aku kepada nenek)…saya nie, menatang apa pun saya makan. Nenek aku cakap macam tue bukan apa, cucu-cucu dia yang lain, tak suka makan ikan air tawar. Dalam banyak-banyak cucu, aku sorang je paling makan ikan air tawar. Cucu sejati lah katakan. Jadi, takkan dia nak suruh aku ambik untuk dia seorang je makan. Mesti la nak pancing aku suruh makan jugak..hehe.
Maka, aku pun tangkaplah 2 ekor, ikan patin. Maka, kemungkinan juadah berbuka malam nie ialah Gulai ikan patin..hehe. Sekian sahaja cerita hari ini
P/s: Apakah sebab utama kebanyakkan orang tak makan ikan air tawar?





Best tuh menu gulai ikan patin, btw bro, sebenarnya ada filter untuk kurangkan kekotorang air kolam tu, aritu ikut bapa mertua aku gi melawat kolam kawan dia, tgk custom made filter dari pelbagai bahan untuk mengelakkan kolam cepat kotor, so sekarang bapa mertua aku pun tgh renovate kolam rumah dia untuk pakai custom made filter tu…
mungkin lerh gak guna kat kolam nenek ko tuh.
Selamat menjamu selera bro…
p/s: aku paling suka layan gulai tempoyak ngan ikan patin ni… waaa leleh air liur
Eizil´s last blog ..Apabila hasil penulisanku mengisi ruang akhbar
ooo…macam tue, sekarang nie kolam nie xde guna ape filter pun, just sekadar pam untuk tarik air jadi air terjun je..aku akan saya cadangkan ke nenek saya..hehe
kalau dengan tempoyak, aku suka masak lemak…hehe;)
owhh okay, kalau pam terus memang kejap jer air bertukar warna dan minta dicuci, nanti gi aa usha macam mana nak buat filter tu, ko jangan beli filter dah siap terus plaks, sebab hasilnya tak secantik harganya. huhuhu.
p/s: gulai tempoyak yang aku maksudkan tu memang ala-ala masak lemak bro.

Eizil´s last blog ..Apakah erti kemerdekaan kepada anda
thanks bro for the advice!!
hahaha…amboi..taktik tok dia.. nape eh org tak suka? sbb bau hanyir kot? ntah la..saya pun tak suka..tapi saya memang tak suka ikan kot.. al maklumlah,, kecik2 dulu susah, mcm ikan jer tiap ari.. dah besar jadi dh tak leh time dh ikan.. nk makan benda yang susah nak dpt makan dulu jer…hehe
ps: tok bik benti ganti sape plak?
rasanya sebab rupa paras ikan air tawar yang pelik2 kot..ikan keli orang ckp macam ular..hahaha
haha…nih dh kes mengata kat saya nih..haha..saya lah tuh org yg ckp ikan keli mcm kepala ular, nk mkn nasi pun jd kembang tekak jer bila terpandang kepala ikan tuh. sape nk mkn ikan keli kena wat terbalik dpn saya,jgn bagi nampak corak2 kepal dia tuh.. geli-geli…dari kecik lagi
cuba try makan…sedap lah!!
sedapnya ikan patin, lut semalam baru aku mkn ikan patin masak tempoyak, bestnya…
em naper org tak suka mkn ikan air tawar sebab bau dia hanyir la kot
mijie´s last blog ..Macam mana nak buat sticky post
haha..makan kat mana mijie? orang rumah masak ke?…
ramai yang kata bau dia hanyir..haha, tp bagi aku, dah jadi lauk, xde bau lagi dah..hahaha
beli kat kedai je lut, hehehe
mijie´s last blog ..Macam mana nak buat sticky post
memang sedap gulai ikan patin..
aku pun suka gak ikan air tawar ni..
tapi ada sesetengah orang lagila, ikan pun tak makan..pelik2
Mr.Z´s last blog ..Promosi Hebat! Produk Kecantikan Paling Berkesan!
ikan air tawar sedap..rugi sapa tak makan..;)
cam bestjer heee.. rajin sungguh nenkmu itu ya
ni cucu yg rajin le kirinie heee..
suri tak pernh mkan ikan air tawar lagi..ikan sg pernah le..ikan laut mmg hari2 sb umah dkt jer dgn pantai heee..
hahaha…rajin ke cucu nie?,
takdenya, kalau rajin, mesti dah tak tido lepas subug..hahaha
ikan air tawar kalau tak kena gaya cara membasuhnya mungkin bau hanyirnya cukup kuat[antara penyebab orang tak berapa gemar makan]
aku lebih suka makan ikan bilis berbanding ikan lain

sangilapi´s last blog ..rancangan bersara
tambah2 ikan bilis masakan nai kan?…hahaha
aku rasa masakan aku lagi sedap….kehkehkeh
sangilapi´s last blog ..salah siapa
hahah…bro memang tera
ikan bilis memang sedap abang joe, goreng sambal memang sedap pastu campur tempe
mijie´s last blog ..HIDUP SEORANG BLOGGER PART 2
perghh ! memang layan lauk macam ni,mijie

sangilapi´s last blog ..salah siapa
betul tu bang joe
mijie´s last blog ..HIDUP SEORANG BLOGGER PART 2
banyaknya ikan bro… bak seekor dua..hehe
zik´s last blog ..Merdekakah kita
3 4 pun boleh zik..:)
pergh…memang menyelerakan ni, antara peberet aku ni ikan patin…agak2 bila kawan2 boleh rasa niek ? hehe
etomyam´s last blog ..Blogger Goes Nuts
hehe..insyaallah…boleh je, xdak hal…;)tp cmne nak kasi eh? hehe
masin ke masam ke payau ke. Kalau mak atau nenek aku masak, aku makan aje. hehe..
titan´s last blog ..Hari Kedua Bersahur di Banting
masin, masam or payau..tapi bila mak atau nenek masak, mesti jadi sedap je kan..heh
wah best la ada kolam,,,aku kureng ckit la ikan patin..xtau la nape..memng dia hnyir ckit kan bro
yep..standard kebanyakkan ikan air tawar memang lebih hanyir dari ikan laut…
santek kolam!!!!! bersilau mata saya…almaklum la..da owg cuci kn…hahhaahha….
saya mkn ja ikn ayaq tawaq…
owg xmkn sbb berbau…
baguih..org sik kena la makan ikan air tawar, baru orang sik..haha