Bukan senang terkentut

Ini bukan entry blogger yang terkentut!!

Esok merupakan dateline bagi kerja sekolah yang ketiga oleh cikgu ijad. Dah 5 hari tugasan nie diberi, tapi macam biasalah, perangai aku tak pernah nak berubah-ubah, suka buat kerja last minit.

Pada aku tajuk tugasan kali nie memang agak mencabar, berbanding 2 tugasan yang sebelum ini. Blogger yang terkentut. Mencabar, Cukup-cukup  mencabar. Kenapa?

pening2..haha

Pertama kali kamu dengar tajuk ini? apa ekspresi kamu? tergelak, atau tersenyum bukan? Tajuk ini terlalu jelas, terkentut. Terkentut adalah satu perbuatan, yang apabila diceritakan, biasanya menghadirkan perasaan lawak dan kelakar. Ia, bagi aku, terkentut sangat sinomin dengan cerita kelakar, atau cerita lucu.

Kerana itu aku katakan ianya payah. Berbanding dengan tersepit, dan terdesak. Kalau tersepit, kita boleh kembangakn dengan pelbagai perasaan. Buktinnya, cerita-cerita rakan-rakan blogger berkaitan tersepit dan terdesak yang lalu,  ada cerita sedih, ada cerita lawak, ada cerita kecewa. Begitu juga terdesak, ada sedih, ada lawak, dan ada kecewa. Dengan tersepit dan terdesak,  bermacam-macam perasaan boleh mengambarkan terdesak atau tersepit itu. Perasaan-perasaan yang pelbagai itu juga boleh diadun, umpama rencah, menjadi rasa yang enak dalam satu cerita.

Tapi terkentut? Kerana terkentut itu sinonim dengan lawak, pemikiran aku jadi terhad. Aku cuba lari dari memikirkan dari cerita lawak, tapi kelihatannya sukar.  Emosi apa selain lawak  yang boleh aku masukkan dalam cerita terkentut ini? kentut dan sedih. Kentut dan kecewa. Kentut dan hampa. Aduh. Agak sukar nak kaitkan perasaan-perasaan sebegitu dengan kentut.

Mungkin sekali aku bisa terkentut memikirkan hal ini (ini nada putus asa, tapi bila dibaca macam lawak kan?)

p/s: cerita bagaimana kamu rasa best berkaitan blogger yang terkentut ini? sedih, lawak, kecewa? kesemuanya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About madlut

Mohd Lutfi atau lebih dikenali dengan nama madlut. Seorang lelaki tulen dan masih lagi belajar. Minat bersukan. Jika anda berada di Pulau Pinang, dan nak ajak madlut main futsal atau main bola, silalah hubungi saya..haha
This entry was posted in Peribadi. Bookmark the permalink.

13 Responses to Bukan senang terkentut

  1. ejoncb says:

    hahaha..cerita pasal terkentut kuat dpn awek cun..haha

  2. zik says:

    susah juga nak buat tajuk macam nie… takpe still mantap gak nie…
    zik´s last blog ..Hidup seorang blogger part 2My ComLuv Profile

  3. Eizil says:

    kemungkinan besar aku akan membawakan konsep yang berlainan sket untuk tajuk kali ini. :D sememangnya rasa mencabar juga dengan tajuk yang diberikan. Kita tunggu aa esok kalau aku berjaya mengarang cerita tersebut
    Eizil´s last blog ..Apakah erti kemerdekaan kepada andaMy ComLuv Profile

  4. sangilapi says:

    tengok tajuk macam senang tapi ….macam yang ko tengah rasa sekarang :)
    sangilapi´s last blog ..salah siapaMy ComLuv Profile

  5. mijie says:

    aku pun pening lut nak buat cerita pasal terkentut ni
    mijie´s last blog ..HIDUP SEORANG BLOGGER PART 2My ComLuv Profile

  6. ishak says:

    fuuh kalau aku aku tak boleh buat..ni huhu
    ishak´s last blog ..Adakah hujan darah di india benar My ComLuv Profile

  7. syahrilhafiz says:

    memang terbaik baca entri blogger yang buat pasal tajuk ni..
    kelakar3..
    syahrilhafiz´s last blog ..Backtrack Di GenggamankuMy ComLuv Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled