Kisah entri merapu syok sendiri seorang blogger yang tersepit
Ini bukanlah kali pertama hal ini berlaku padaku, bukan kali kedua dan bukan juga kali ketiga. Mungkin sudah lima atau enam kali, tapi bukanlah selalu, sehingga melebihi sepuluh kali. Cuma kadang-kadang, tapi kadang-kadang yang selalu. Macam mana tue? Kenapa pulak kadang-kadang, tapi selalu? Kerana, mata mereka tidak buta, tapi sungguhpun begitu, biar mata itu sempurna, berfungsi dengan baik dan tiada cacat cela, tapi tak mustahil juga mereka jadi “buta”. Jika tidak masakan ada pepatah rambang mata. Selain rambang, ada juga kelabu mata, mata keranjang, mata duitan dan main-main mata. Kewujudan peribahasa-peribahasa sudah cukup untuk mengambarkan kekurangan yang ada pada mata. Ini kerana, mata berkait dengan minda. Mata fungsinya hanya melihat, tetapi otaklah yang mentafsirkan apa yang dilihat. Jika mata melihat merah sekalipun, namun otak mentafsir hijau, maka BOOM…terjadilah kes langgar lampu merah yang kadangkala mengundang kematian. Bukan salah mata, tapi salah minda.
Hey, apa kaitannya mata dan minda dengan cerita ini? Ada. Kalau tiada masakan aku buang masa menulis cerita sia-sia. Segalanya bermulanya dari mata. Kata orang, dari mata turun ke hati. Dalam cerita ini, mata merekalah yang mulakannanya. Kemudian, dihantar pada minda. Mata merekalah titik tolaknya. Mata mereka kata aku dia. Kemudian, minda mereka mengiyakannaya. Bila minda mereka mengiyakannya, apa lagi boleh kukata. Mata mereka, diikuti minda, di akhirnya aku yang menjadi mangsa. Kesilapan mata dan minda merekalah yang memulakan segalanya. Mata mereka kata aku dia, minda mereka kata aku dia. Mata dan minda mereka yang kata, bukan aku kata.
Mereka yang kata bukan aku kata, itu dah cukup buat aku tersepit. Mereka kata aku dia, aku tersepit lagi. Manakan tidak, aku yang buruk rupa ini dikata dia. Nak kudiam, mereka bertanya, aku tersepit.Nak ku iya, tapi aku bukan dia, aku tersepit Nak kunafi, tapi ku bangga, aku tersepit. Itu tak kena, ini tak kena, lalu bagaimana, aku tersepit.
Akhirnya, aku biarkan saja. Aku teruskan berjalan, berdada kembang, sambil berkata…bukan salah aku, salah mata mereka..hahaha..
p/s: sehingga hari ini, kalau orang tanya aku..ehh, abang nie farid kamil ke..aku akan tersepit…hahaha

hahaaa..sesungguhnya kamu membuatkan daku tergelak sendiri.. hoho..
rasa nak jer suri bergolek2 mcm dlm tin ikan sardin yang berhimpit dan tersepit..
sah2 sahabat mgaku jelah pasti rega kat pasaran bloger akan mahal punya..
apapun suri mmg suka post yang ni.walau santai tpi mmg cool hehehee.. ya suri suka
thanks suri…for the support..menulis dikala mood tgh baek, ditambah dengan sifat keperasanan yang tinggi!!…hehe
wah mmg bro dah tgh kembang semangkuk dlam piring ayan nie huhu..
apapun suri layan jer antri kat sni
seriusly kembang!! haha…
tersenyum di sini..

menarik
isza´s last blog ..Blogger yang tersepit
saya gembira kerana anda tersenyum dengan tulisan saya..yeay!!!
kembang dek puji tu sgt tu yg tersepit…hahaha
seronok baca
Kujie´s last blog ..Cintamu Sehebat Laut Yang Luas Sesegar Ombak Yang Memutih
thanks kak jie…gembira kak jie sudi melawat blog saya nie…hehe
harap abang farid dapat membahagikan masa dengan sempurna antara dunia lakonan dan dunia pelajaran
entah silap jari aku yang menaip atau silap minda aku yang memberi idea…kahkahkah
sangilapi´s last blog ..blogger yang tersepit
hahaha…jangan buat saya tersepit bro!!!
antara minda dan jari, mesti bro dah tersepit kan!!!
hik.. hik.. hik.. tergelak la plak aku baca komen brader otai neh..

samdaddycool´s last blog ..Blogger yang tersepit
hahah…mindanya telah silap mentafsir..ngeh3..
tersepit lalu terkepit haha
hahaha… mata dorang yang tersepit tu.. hahaha. takpe bukan salah ko. ekekek
ann´s last blog ..Bagi aku Kepuasan itu
haha..mata mereka tersepit lalu sepet!!
hahaha…abg Farid!!!!!…cayalah…saya minat abg Farid!!!!..haha
ejoncb´s last blog ..Ada apa dgn cuti kali ni
inilah berlaku masa saya bermain dalam satu perlawanan bola sepak..hahaha
hahaha…mesti dok perasan smpai terlepas bola la tuh pastu..hehe
hahahaah farid kamil boleh saya minta autograf dan bergambar bersama farid kamil tak? hahahah siot je citer tersepit kali ini, idea ko memang bikin pecah perut la time nak tidor no
mijie´s last blog ..Blogger yang tersepit
hahah…cerita poyo syok sendiri mijie…hehe…
Tersenyum aku membaca artikel ni, layankan ajer mereka yang kelabu mata tu

Eizil´s last blog ..Blogger yang tersepit
cerita bro pun apa kurangnya..;)
hahaha, ada manafaat dan faedahnya juga dari ‘kesepitan’ tu

etomyam´s last blog ..Rasional Buang Pekerja Kes Kesalahan Jalan Raya
hahaha…publisti percuma je kot!!..hehe
Farid Kamil?
Ohh………. tidaaaaaaaakkkkkkk!
haha
rohaizad´s last blog ..Kisah Blogger Yang Tersepit… yee haa!
hahah..sememangnya tidak!!
kekeke… ade rupe! hehe…

mummy nana´s last blog ..Blogger Yang Tersepit
mereka kata bukan saya kata
wahh baru perasan… macam farid kamil..sebijik la…. hehe FK..
zik´s last blog ..Dato’ Mahathir Lokman kuasai pelbagai bahasa
ya saya!!!..haha
perghh,, kalo buat video kat youtube (guna tag farid kamil).. mau mencanak trafik.. ngehehe
samdaddycool´s last blog ..Blogger yang tersepit
pastu semua fans farid kamil maki hamun saya…ahahaha..tidak!!
Pingback: rohaizad dot com » 28 Most Wanted “Blogger Yang Tersepit” in MALAYSIA – Part 3
fulamak…muka memang ala-ala cam farid kamil. ada market. kalau farid kamil tau dia ada “kembar” ni mesti dia offer jadi pelakon.
kalau dia offer saya terima..hahaha..kalaulah dia offer!!…haha
newbie tumpang sibuk baca
confuse btull baca n3 ni pada mulanya. bila last tengok gambar br phm…tergelak sambil berkata “sabar jer lah…” hehehehe
noreed´s last blog ..Im Free Now
hahah..mintak maap banyak..entry tersepit tu entry poyo dan syok sendiri..sekadar suka2..hehe..newbie or otai belakang kira..yang penting, thanks sudi baca
haiii farid kamil…hehehe…tersepit ke suka ni sebenarnya org panggil farid kamil…
nur hidayah isa´s last blog ..Bercinta di FB
hahaha..tersepit diantara..nak mengaku ke tak..mengaku nanti menipu..tak mengaku..kesian pulak mereka nanti..hahaha
Perghhhh…. muka ko mmg sebijiklah mcm Farid Kamil jika di pandang dr jauh… 80% ada iras2… heheheh
aktechpage.com´s last blog ..Kembali Dari Bercuti Offline
hahaha..ko kata bukan aku kata…;)
nasibbaik la hang mengaku bukan farid kamil.. kalau tak semua yg mata sepet tu mesti tersepit bila dapat tau hang ni bukan farid kamil bila terkantoi.
apa2pun..ada orang cakap..kita ada 7 orang yang wajah hampir seiras degan kita. hang baru jumpa sorang..lagi 6 ?
hahaha..ada iras2 ke bang? haha..
yang baju biru tu, betui hang ka ??? tobat aku dok ingat tu Farid Kamil !!! (dah sorang lagi kata hang Farid Kamil.. glamor la hang !!!)..kih..kih..kih !!!
bujang3´s last blog ..Continuation Of The Art Of Negotiation !!!!
perli ka pa weyh..hahaha
tapi.. apa-apa pun aku tumpang seronok… Farid Kamil dah singgah dan komen kat blog akuuuu !!! Yeeaaaa !!!!! bangga sekali, gitewww !!!
bujang3´s last blog ..Continuation Of The Art Of Negotiation !!!!
kah3..merapu ngat aih…xpa, blog hang memang aku dah subscribe, hang update ja. masuk dalam email aku..konpom aku p melawat…
tersepoy pastu kena himpit susah gak huhu..selamat bersahur
ishak´s last blog ..Sinopsis sinetron cinta kirana di astro ria
Pingback: Teknik kekalkan fokus ketika menulis: 3 perkara perlu dielakkan | madlut.com
Pingback: Lagenda budak Setan: Blogger Yang Kecewa | madlut.com