Blogger yang terkentut

(Untuk lebih feeling, sila mainkan lagu ini)

Bagai Azura dan Zack, bagai Ali setan dan Asmidar, bagai Azroy dan Suzy. Begitu juga aku dan dia. Saat cinta gila-gila remaja kembang mekar, sebut sahaja mana pelusuk dunia yang indah, akan ku bawa si dia kesana,  menikmati indahnya flora dan fauna, memekar kasih menguntum cinta.

Ya kami memang suka ronda, ronda ronda lihat alam, lihat manusia. Lihat dunia, lihat isinya. Habiskan duit, habiskan masa. Haha..alah, inikan kisah cinta gila-gila remaja. Lagipun, cinta itukan buta. Cinta tak kenal duit, cinta tak kenal masa. Demi untuk si dia, duit, masa mahupun tenaga, semua belakang kira. Janji dia suka, aku bahagia..ohh, indahnya cinta

Sebut saja, mana lokasi romantis di pulau Pinang yang tidak pernah kami sampai? Batu feringgi? Bukit Bendera? Kebun Bunga? Taman Rimba, waimah Chow Rasta sekalipun akan kubawa jika itu pintanya. Dialah segalanya. Jika disuruh aku bawa jauh ke hujung selatan, hingga ke hujung utara, maka, CONFIRM…………………….. aku tidak akan bawa. Apa kau gila? Boleh patah pinggang dibuatnya!!

batu feringgi (gambar hiasan)

Bukit Bendera

chowrasta1

Berbekal kuda putih roda 2 aku, walaupun hanya sekadar kapcai buruk, yang mana pernah kalau aku tinggal kunci sekalipun masa aku parking, tak ada orang bernafsu nak mencurinya. Diulang,  Kapcai buruk bukan scrambler.  Walaupun sekadar kapcai buruk, dengan kapcai buruk itulah aku menghabiskan study. Walaupun sekadar kapcai buruk, kapcai buruk itulah kenderaan aku mencari rezeki. Walaupun sekadar kapcai buruk, kapcai buruk itulah kenderaan, yang menjadi saksi cinta gila-gila remaja kami. Dan kapcai buruk itu juga menjadi saksi….

“Sedang aku membawa motor, si dia membonceng di belakang, aku yang tadinya rancak melayan dia bercerita diam secara tiba-tiba..

Eh awak? apsal diam je nie….

Eh  awak..apsal panas je seat nie…

Eh awak..bau apa nie…..

DAMN..kapcai itu menjadi saksi aku TERKENTUT diatas moto ketika membonceng awek….malu siot!!!

kapcai buruk

p/s: dulu cinta monyet….yang nie cinta zaman gila-gila remaja…sekarang? dah insaf sudah..hahahaha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About madlut

Mohd Lutfi atau lebih dikenali dengan nama madlut. Seorang lelaki tulen dan masih lagi belajar. Minat bersukan. Jika anda berada di Pulau Pinang, dan nak ajak madlut main futsal atau main bola, silalah hubungi saya..haha
This entry was posted in Peribadi and tagged , , . Bookmark the permalink.

37 Responses to Blogger yang terkentut

  1. Eizil says:

    ehhehe… memang terbaik aa bro… :D
    Eizil´s last blog ..Apakah erti kemerdekaan kepada andaMy ComLuv Profile

  2. Ladfe Amir says:

    hahaha. bagus2.
    mula2 aku nak cerita entri yg lebih kurang mcm hang tulis. tapi aku dapat idea lain petang tadi.

    masih mengedit, broadband tahap siput betul

  3. etomyam says:

    muahaha…aksi yg akan dikenang sampai bila-bila nih
    etomyam´s last blog ..Senarai Panduan Dan Tips TemudugaMy ComLuv Profile

  4. ejoncb says:

    er….hahahahaha…owh madlut..mcm ku tahu jer kejadian itu..hahaha

  5. ishak says:

    ahahah..lawak betul lah memang berpai punya
    ishak´s last blog ..Adakah hujan darah di india benar My ComLuv Profile

  6. Dila.13 says:

    bergegar ke tak seat motor masa tu, madlut? hehehehe :P
    Dila.13´s last blog ..3 Tabiat yang Perlu Elak Ketika Menulis Entri BlogMy ComLuv Profile

  7. zik says:

    alamak malu siot…takpe2 Farid kamil..mesti awek tuh ok jer…
    zik´s last blog ..Mengapa sahur itu pentingMy ComLuv Profile

  8. titan says:

    haha..gila la ko nih..
    titan´s last blog ..Bila kerja dah tak berapa ikhlasMy ComLuv Profile

  9. zezebel says:

    Hehehehe…
    Sini pun cerita kentut juga ke?
    tak baik.., nanti batal karang.
    Good luck untuk contest.
    zezebel´s last blog ..We sister look the sameMy ComLuv Profile

  10. sangilapi says:

    adakah kentut itu makin merapatkan hubungan korang berdua atau sebaliknya,madlut ?
    sangilapi´s last blog ..salah siapaMy ComLuv Profile

  11. aimannajmy says:

    madlut! sapa kah gerangan gadis bertuah itu yang dpt menghidu kentut panasmu…xmo letak gambaq kaa hahaha
    aimannajmy´s last blog ..Blogger Yang TerkentutMy ComLuv Profile

  12. adamfaiz says:

    kalau lah si dia tanya nape kentut, dengan selamba ko jawab, “Kita insan biasa,,,,” (ala-ala lagu Jay Jay & Dayangku Intan)
    adamfaiz´s last blog ..Biskut Semperit Ubat Sakit Perut Yang Sedang PeritMy ComLuv Profile

  13. khairolghani says:

    haha..kantoi di situ..memang terasa la hangatnya kentut itu..apa citer awek tu sekarang?
    khairolghani´s last blog ..Blogger Yang TerkentutMy ComLuv Profile

  14. mummy nana says:

    kekekeh wadoi tahan ketawa ni. sabar je la. takpe la ini dugaan wat dier ngan mad. hehe. test power kentut la tu. :D
    mummy nana´s last blog ..Berbuka Puasa v1My ComLuv Profile

  15. wandisini says:

    ingatan untuk semua..
    jangan kentut dalam air..nanti batal pose

  16. suri says:

    jangan kentut senyap2 sb ia merupakan satu gas beracun yang bisa mengancam ketenteraman sesiapa jua heee..

    eh, apa dah tak der ctr lain lagi ke..malu den..

  17. bujang3 says:

    hang memang pandai bermain ngan perkataan.. memang syok baca kisah hang nie…. “suspect” betui la !!!! hahaaa !!!! respect ler tu !!!!
    bujang3´s last blog ..MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!My ComLuv Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled