Kekuatan, bukan kelemahan

Kadang-kadang, apa yang diperlukan untuk melangkah, untuk melakukan sesuatu, untuk mencapai apa yang dihajati, adalah percaya pada kekuatan diri sendiri. Ya, tumpukan pada kekuatan sahaja. Kelemahan? Abaikan sahaja. Lihat pada kekuatan diri sendiri dan percaya yang kita boleh lakukan sesuatu dengan kekuatan tersebut. Bergerak, melangkah, dan berusaha dengannya. Sebaliknya, jika terlalu memikirkan kelemahan, hanya akan membuat kita rasa serba kekurangan. Perasaan serba kekurangan hanya akan menghadirkan berbagai lagi perasaan negatif yang lain seperti tidak yakin, gementar, dan gugup. Perasaan – perasaan seperti tidak yakin, gementar dan gugup, akan membuatkan kita takut untuk melangkah. Takut untuk bertindak.

Kisah ini mungkin boleh dijadikan teladan

Nazri, seorang pemuda yang hanya bekerja di kilang karpet. Taraf pendidikan Nazri  tidaklah diketahui dengan tepat. Namun,  jika bercakap Bahasa inggeris, setakat My name is Mohd Nazri sajalah. Ya, itu sahaja yang nazri tahu cakap. My name is Mohd Nazri. Jika ditanya siapa nama kamu, Nazri dengan bangganya akan menjawab My name is Mohd Nazri. Nazri jawab dengan bangga. Jika seseorang teruskan bercakap bahasa inggeris, Nazri akan terpinga-pinga. Kerana apa, kerana dia tak faham. Nazri tak tahu dan tak faham perkataan lain. Yang dia tahu, my name is Mohd Nazri. Walaupun Nazri tak tahu speaking perkataan lain selain my name is Mohd Nazri, Nazri tak pernah malu untuk speaking. Ya, dia tak pernah malu. Kerana, padanya, my name is Mohd Nazri itulah kekuatannya.

Selain itu, Nazri juga suka menyanyi. Dan beliau memang boleh menyanyi. Suaranya lunak dan merdu. Sebut sahaja apa sahaja lagu. Hindustan, dangdut, rock kapak, agogo…nescaya Nazri mampu nyanyikan. Malahan, lagu yang Nazri sendiri tak tahu apa tajuknya, dia mampu nyanyikan, sekalipun lagu itu bahasa Jepun. Bukan sahaja mampu menyanyi, Nazri jugak mampu menari. Walaupun tariannya, err..agak tak berapa bagus jika nak dibandingkan dengan nyanyiannya yang lunak itu, nazri tak malu untuk menari. Kerana, menari itulah kekuatannya. Menyanyi dan menari itulah kekuatannya.

Satu hari, Nazri dengar cerita ada ujibakat untuk pertandingan nyanyian. Nazri terlalu minat menyanyi. Suka gilerlah katanya.  Dek kerana terlalu suka, Nazri ambik bahagian. Tunggu punya tunggu, sampai giliran nazri untuk diuji.

Juri ujibakat itu bukanlah calang-calang, seorang penanyi terkenal. Seorang lagi juri import luar negara you. Ramai pergi ujibakat, tapi ramai yang tak dapat. Pendek kata, kriteria ujibakat sangatlah ketat.

Nazri bukan penyanyi profesional. Kelas vokal pun dia tak pernah pergi. Setakat karoke suka-suka kat rumah, menyanyi dalam bilik air,sambil lipat karpet, dia selalulah. Menari pulak, lagilah. Nazri memang boleh menari, tapi kalau nak banding dengan menyanyi, Nazri lagi bagus menyanyi dari menari. Nazri menari?…err….bolehlah, tapi….no comment. Boleh ke Nazri menyanyi depan juri tue nanti? Boleh ke Nazri menari depan juri nanti. Boleh ke Nazri menyanyi sambil menari depan juri nanti?  Lepas ke dia ujibakat tue nanti?

Sampai masa ujibakat, Nazri pukul habis.  Dengan bangganya dia memperkenalkan diri, my name is Mohd Nazri. Dengan lantangnya Nazri menyanyi. Dengan lincahnya Nazri menari. Tak pernah masuk kelas vokal? Tak pernah belajar menari? tak tahu speaking selain my name is Mohd Nazri?. Nazri tak pernah fikir semua tue. Yang dia tahu, dia boleh menyanyi, dia boleh menari, dan dia boleh speaking My name is Mohd Nazri. Itulah kekuatannya, itulah yang dia ada, dan dengan itulah dia melangkah dan bertindak.

Hasilnya, Juri memperakui kekuatan Nazri itu. Nazri berjaya dalam ujibakat.

Alah, cerita macam nie, macam cerita rekaan je…bukan betul-betul pun. Rekaan? Anda lihatlah sendiri.

Dengan hanya menumpukan pada kekuatan yang ada, dan mengabaikan kelemahan, Nazri berjaya mendapat tempat dalam ujibakat tersebut. Hebat bukan? Tahniah Nazri!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About madlut

Mohd Lutfi atau lebih dikenali dengan nama madlut. Seorang lelaki tulen dan masih lagi belajar. Minat bersukan. Jika anda berada di Pulau Pinang, dan nak ajak madlut main futsal atau main bola, silalah hubungi saya..haha
This entry was posted in blogging and tagged , , , . Bookmark the permalink.

20 Responses to Kekuatan, bukan kelemahan

  1. suri says:

    sungguhpun jarang tgok ban byanyi ni tapi tulah dia namanya rzki..jika ada kemahuan yang sllu diasah, kekuatan pasti ia akan mjdi kenyataan..

    dia blh bt org ktwa but not bad :) heee

  2. mijie says:

    sungguh best video klip yg ko bagi ni lut, sampai aku lupa apa yang ko nak sampaikan, hahaha

    apa2pun tidak kenal erti putus asa adalah kunci kejayaan
    mijie´s last blog ..Malware pada blog dan penyelesaiannyaMy ComLuv Profile

  3. ejoncb says:

    itu la…hehe..jgn terlalu pk kelemahan diri kan.. pk yg kita boleh buat baru ada keyakinan. tp jgn smpai terlampau yakin smpai org muak plak!!.

  4. zezebel says:

    rezeki tu ada di mana-mana yang penting usaha.
    zezebel´s last blog ..Can you find me a loverMy ComLuv Profile

  5. zik says:

    owh video nie aku dah tengok… sefl confident dia tinggi
    zik´s last blog ..Menangi Duit Raya Sehingga RM200!My ComLuv Profile

    • madlut says:

      video nie memang dah lama pun..hehe, saje aku ketengahkan semula..sbb aku respek dgn dia punya keyakinan tuh…

  6. etomyam says:

    kagum dengan keyakinan diri yng tinggi, tak semua insan yg mempunyai confidence level yang sentiasa tinggi
    etomyam´s last blog ..Panduan Cegah Pecah RumahMy ComLuv Profile

  7. sangilapi says:

    senang cakap selalu-selalulah berfikiran positif :)
    sangilapi´s last blog ..rancangan bersaraMy ComLuv Profile

  8. aimannajmy says:

    perghh memang confident abih la mamat ni..huhu…pengalaman dulu aku wat show dh teketaq abih siap silap chord lagi
    aimannajmy´s last blog ..Pengalaman pertama…My ComLuv Profile

  9. bujang3 says:

    baguih la cerita hang kali nie…. memang hang pencerita yang baik…

    Mamat tu pulak .. memang best… keyakinan diri yang ada padanya, harus dijadikan contoh kepada kita semua !!! Tabik sprinnggg laaa !!!!

  10. titan says:

    heh..teringat kisah masa kena wat perbahasan kat sekolah dulu. tergagap-gagap..
    titan´s last blog ..Hari Kedua Bersahur di BantingMy ComLuv Profile

  11. ishak says:

    cukup kelas mesej uang diberikan oleh cerita ini..ialah kita perlu yakin dengan diri demi sesuatu kejayaan
    ishak´s last blog ..Menghasilkan kesan letupan pada gambarMy ComLuv Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled