Hukum Karma Blogging

Hukum karma blogging? lain macam je bunyinya?

Secara ringkasnya, kepercayaan yang menjadi tunjang dalam hukum karma adalah, setiap kejadian yang berlaku kepada seseorang, adalah refleksi, atau akibat daripada tindakan yang dilakukannya. Atau secara ringkasnya, setiap perbuatan akan mendapat balasan yang setimpal. Jika baik perbuatannya, maka baiklah balasannya. Jika buruk perbuatannya, buruklah balasannya.

Hukum karma berblogging

Itu serba sedikit mengenai hukum karma. Tetapi, entri ini bukanlah untuk mengajar hukum karma. Apatah lagi aku sebagai Islam, sudah tentulah kita perlu beriman dengan Qada’ dan Qadar, dan bukannya hukum karma. Cuma, aku ingin menggunakan perkatann “hukum karma” itu untuk mengaitkan dengan dunia blogging, memandangkan perkataan hukum karma itu, difahami secara umum, sebagai “setiap perbuatan, ada balasannya”. Jadi, aku harap, tidak timbullah perkara berbangkit selepas ini mengatakan saya mengagungkan hukum agama lain. Bukan macam tue ye..harap faham

Otai-otai yang dah lama berblogging, ini mungkin benda biasa bagi mereka..hehe. Tapi bagi mungkin ada diantara pembaca blog nie newbie, maklumat ini mungkin berguna bagi mereka. Apa yang aku nak katakan mengenai hukum karma dalam berblogging nie, adalah ada beberapa rule, yang kalau kita turuti dan laksanakan, kita akan dapat lihat balasannnya. Rule-rule tersebut adalah

1. Jika ingin blog saya dibaca, saya juga harus membaca blog orang lain

Rasanya bila dah jadi blogger, memang automatik akan jadi pembaca kot. Ada ke blogger yang just publish artikel tapi tak pernah baca blog orang? takde rasanya. Sifu ijad pun cakap dia pun suka baca blog orang, Sangilapi pun cakap dia suka baca blog orang, dan beberapa orang lain pun cakap benda yang sama. Aku rasa semua blogger ada sifat suka baca. Walaupun bukan just baca benda yang dia suka, dan bukan semua benda.

2. Jika ingin blog saya dikomen, saya juga harus komen blog orang lain

2nd rule nie sebenarnya relate dengan point no 1 kat atas tue. Biasakanlah diri selepas membaca tinggalkan komen. Pengalaman aku aku sendiri (dan aku rasa kamu juga) bila aku baca sesuatu artikel di blog orang lain, dan tinggalkan komen, tuan blog itu akan melawat kembali blog aku dan tinggalkan komen. Walaupun artikel aku kadang-kadang hampeh, mereka tetap komen. Terima kasih. Tapi, kalau aku just baca blog orang dan tak tinggal komen..hehe, jarang la sikit dapat nak komen. So, komenlah untuk dikomen.

3. Jika saya ingin blog saya__________, maka saya juga harus ___________ (tolong sambung, 2 tue je aku terpikir..hahaha)

Jika hari ini kamu ada blog, kamu publish artikel, tapi hairan kenapa tak ada orang komen artikel kamu, lalu buat kamu terfikir..takde orang baca ke blog aku nie? kenapa takde orang komen pun?…mungkin kamu patut ikut hukum karma nie..hehe. sekian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About madlut

Mohd Lutfi atau lebih dikenali dengan nama madlut. Seorang lelaki tulen dan masih lagi belajar. Minat bersukan. Jika anda berada di Pulau Pinang, dan nak ajak madlut main futsal atau main bola, silalah hubungi saya..haha
This entry was posted in blogging and tagged , , , . Bookmark the permalink.

42 Responses to Hukum Karma Blogging

  1. Eizil says:

    kalau isi tempat kosong tu dengan dicantikkan, lain macam plaks bunyinya erk… :D

    tapi begitulah adatnya… setiap yang berlaku pasti ada pulangannya… :)
    Eizil´s last blog ..Alat permainan barukuMy ComLuv Profile

  2. etomyam says:

    steady sekali ulasan bro ni..bantu orang lain untuk membantu diri kita juga..best2 :D
    etomyam´s last blog ..Perlukah Melontar Najis Untuk Luahkan KemarahanMy ComLuv Profile

  3. ejoncb says:

    yups..betul tuh..tapi..kalau pas baca rasa mcm tak terkomen mcm mana plak?? haha..takkan nk tulis..” oh, tq”

  4. zik says:

    betul juga tuh…. insyallah aku datang selalu blog FK …hik2…
    zik´s last blog ..Psikologi HargaMy ComLuv Profile

  5. mijie says:

    lut lu dah semakin menunjukkan taring la dalam berblogging

    art tu dah semakin nampak, pasni nampaknya aku pun kena belajar dari hang la
    mijie´s last blog ..Promosi hari raya sekali seumur hidupMy ComLuv Profile

  6. x-po says:

    hehe betul tu bro..aku sokong 100%..itulah rahsianya sebenarnya
    x-po´s last blog ..PATUTKAH KITA BELASAH ORANG JAHAT UNTUK DIJADIKAN PENGAJARANMy ComLuv Profile

  7. Luth Textile says:

    alah bro.. kita tolong, bantu naikkan blog orang nanti orang akan bantu naikkan blog bro!

  8. DonHa says:

    yes.correct! dan. sama juga, mau minta tolong, kena la tolong orang juga!
    DonHa´s last blog ..Identiti diriMy ComLuv Profile

  9. azizan4444 says:

    berblogging kena pandai cari market jgk..klu syok sndri payah jgk kan?haha..
    azizan4444´s last blog ..Keywords Menarik Sempena Hari Raya – Edisi Ramadhan 2My ComLuv Profile

  10. adamfaiz says:

    Aku nak isi tempat kosong

    Jika saya ingin blog saya dipromosi, maka saya juga harus promosi blog orang

    amacam ok?..
    adamfaiz´s last blog ..Korban Mercun Melambung Ke Atas PokokMy ComLuv Profile

  11. zezebel says:

    Hahahahaha…
    Blog pun ada hukum karma ke?
    Tapi hari tu ada terbaca kat blog ariff yang otai blog ni sombong?
    Hahahaha…. Dia otai, tak payah komen kat blog newbies.
    Ada seorang otai buat artikel macam ni lebih kurang. Macam lah dulu dia terus jadi otai.
    zezebel´s last blog ..WW- Who is thisMy ComLuv Profile

    • madlut says:

      otai blog sombong?…hehe, tak tahu la pulak..
      sebab cikgu2 yang mengajar saya dunia blog nie, baek2 belaka..mungkin mereka tak sombong sebenarnya, apabila menjadi otai, terlalu banyak blog untuk dibaca, mereka jadi lebih selektif…..tak mengapa kalau mereka sombong, janji kita jangan sombong..;)

  12. Ali ridha says:

    baca blog org lain dulu.tinggal
    kan komen.baru le ade pelawat masuk
    blog kita……

    ingat hukum ape tadi.hehehe……….
    Ali ridha´s last blog ..Tolong update WordPress 301My ComLuv Profile

  13. ishak says:

    aku masa mula-mula pakai selfhosted dulu tak tahu pasal benda ni..yang aku fikir aku dah cukup hebat bila dah ada blog wordpress sendiri..tapi ianya berubah segalanya bila ada yang selalu masuk blog aku baca dan tinggalkan komen..lepas tu baru mula aktif membaca blog orang lain…huhu
    ishak´s last blog ..Cabaran getir seorang blogger biasaMy ComLuv Profile

  14. bro madlut buatku ktwa sndiri heee..

    ya suri sokong akan point sahabt tu mmg tulah kbnarannya.. jika kita komen blog org insyallah org akan komen di blog kita jugakan.

    rasanya lmbat dgn cpt jer kot sb tak smua bloger punyai masa krna hmpir smu org juga punya komitmet mrka sndri sperti kerja, bljar dan sbgnya. tapi klu free kenalah curi2 masa bls kunjugan balik huhu..

    tapi ada gak spesis kita dah tingglkan komen kat blog dia.makan masa lama juga lama tak kesana tapi kita still kesana dan baca komen dia yg lps smpi terbaru tapi sayanglah insan tu skit pun tak sudi jegah blog kita yg ciput 5sen ni.. huaaa..

    apapun its ok..kata org pusing2 tang tu jugak kita ketemu. suri tak kisah ;)

  15. catzer says:

    ada sesetengah orang suke menulis tp tak suke membaca.so jadilah blog tu blog syok sendiri =))
    catzer´s last blog ..Bila Pintu Rezeki MerajukMy ComLuv Profile

  16. diden says:

    terbaiklah.. smua ak stuju
    nice info bro
    diden´s last blog ..How to crack Adobe Photoshop CS 5 &amp download it for freeMy ComLuv Profile

  17. Syafrizal says:

    kena rajin blogwalking la camtu
    baru orang datang blog kita hehe
    Syafrizal´s last blog ..Henti segera jual minyak sapi QBB – Persatuan Pengguna Pulau PinangMy ComLuv Profile

  18. sangilapi says:

    aku isi tempat kosong tu lah,

    kalau mahu iklan di blog kita diklik oleh orang lain maka sudi-sudikanlah klik iklan di blog orang lain…kehkehkeh[saje bikin panas]

    hey nanti dulu !…jangan salah faham ye! ni konsep serupa what u give,u get back….[bukan semata-mata mengharapkan balasan tapi ia akan berlaku secara semula jadi]

    selalunya aku klik iklan tu sebagai tanda terima kasih atau tanda sokongan :)
    sangilapi´s last blog ..kalau sayang tinggal-tinggalkanMy ComLuv Profile

  19. bujang3 says:

    sangat setuju… maka rajin-rajinlah berkunjung ke blog orang yer !!! hehehe !!!
    bujang3´s last blog ..Tragedi menyayat hati di bulan Ramadhan !!!My ComLuv Profile

  20. titan says:

    hehe..sudah tahu. lagi mahu bertanya..
    titan´s last blog ..Hari Kedua Bersahur di BantingMy ComLuv Profile

  21. nadia says:

    salam,

    artikel yang berguna kepada org yang br nk belajar menjadi blogger spt sy.. tq

  22. sofian says:

    betui2…hehe…sambil2 jalan blog orang tu bleh gak tambah idea nak menulis kan

  23. Pingback: Karma tu wujud kan? | madlut.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled