Akismet tersilap.

Bagi yang berblog menggunakan platform wordpress, tak dinafikan lagi, Plugin akismet memang power dalam menapis komen-komen spam yang masuk. Di blog ini, sehingga sebelum artikel ini ditulis, akismet telah berjaya menangkap 17 komen spam. Spam komen biasanya datang bukan dari Malaysia (berbahasa inggeris), mempunyai link, dan ayat-ayatnya biasanya berbentuk promosi atau tidak berkaitan dengan artikel. Alah..nampak sangat spam sebab blog nie bahasa Melayu, komennya pulak bahasa inggeris…bukan ke pelik tue.

Akismet tersilap1

So, memang tabik spring la kat Akismet. Kalau takde si Akismet nie, mau bersepah-sepah komen spam, sekaligus merosakkan dan mencacatkan pemandangan di sesebuah blog.  Tambah-tambah lagi, jika komen spam tersebut mempromosikan ubat-ubatan seks, seperti viagra dan sebagainya. Jika diapprove, silap haribulan pemilik blog akan dicop tidak bermoral. Naya je kan?

Tapi, walaupun akismet ini power, dia juga tidak lari dari kesilapan. Oleh sebab terlalu power, akismet juga kadangkala tersilap menahan komen yang bukan spam sebagai spam. Hal ini berlaku mungkin kerana, komen yang dihantar terlalu pendek. Tapi, bukanlah selalu, cuma kadang-kadang.

Akismet tersilap

Walaupun kadang-kadang berlaku, adalah lebih baik sekiranya sekali sekala kita lihat senarai komen spam ini. Ini kerana, mungkin ada daripadanya komen yang sah, tetapi dicop sebagai spam dek kerana kesilapan Akismet.  Komen itu mungkin datang dari pengunjung yang pertama kali melawat blog kita. Jika kita tidak semak senarai spam, kta tidak akan tahu. Apabila kita tak tahu, maka kita tidak akan reply komen tersebut. Jadi, pembaca yang baru pertama kali komen, yang komennya sah, tetapi dicop sebagai spam, pasti akan menggap tuan blog ini sombong. Tuan blog ini kerek, kerana tidak reply komennya. Jadi, dia pun malas nak datang lagi. Hah…Bukankah itu satu kerugian?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About madlut

Mohd Lutfi atau lebih dikenali dengan nama madlut. Seorang lelaki tulen dan masih lagi belajar. Minat bersukan. Jika anda berada di Pulau Pinang, dan nak ajak madlut main futsal atau main bola, silalah hubungi saya..haha
This entry was posted in blogging and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

40 Responses to Akismet tersilap.

  1. zik says:

    memang kadang2 tersilap.. tuh yang kadang2 check kat spam ..ada tak yang tak masuk carta…
    zik´s last blog ..Jangan lupakan mereka!My ComLuv Profile

  2. sangilapi says:

    perghh! aku pun kena serkup dengan akismet ni ke? :)
    sangilapi´s last blog ..kalau sayang tinggal-tinggalkanMy ComLuv Profile

  3. adamfaiz says:

    Kadang2 SPAM pun lepas…dia pening gak..berapa banyak blog nak kena jaga :)
    adamfaiz´s last blog ..Kenangan Aidilfitri Di AmerikaMy ComLuv Profile

  4. ejoncb says:

    takat nih saya pnye blog takde lagi problem…tapi spam by gila.. haha..

  5. Eizil says:

    Tapi kadangkala bukan sebab akismet tersilap, tapi pengomen tu mungkin pernah dicop sebagai spammer di website yang lain, dan disebabkan itu akismet menganggap komen tu sebagai spam. Sebab apabila kita set mana-mana komen sebagai spam, akismet akan nilai komen itu dan masukkan kedalam filter dorang. :)
    Eizil´s last blog ..Resepi- Masakan kentang ringkasMy ComLuv Profile

    • Eizil says:

      p/s: waktu aku nak masuk sini tadi, kuar page warning safe browsing, maybe sebab image komuniti kat sidebar ko ni kot bro, ada yang terjangkit ngan domain kat blog lain. :) nanti check erk.

    • madlut says:

      oh..macam tue rupanya..aku pun tak pasti sangat macam mana akismet nie bekerja, yang aku tau kerja dia tangkap spam..hehe

  6. mijie says:

    aku setiap hari check spam tu, takut ada yg terlepas
    mijie´s last blog ..Malware pada blog dan penyelesaiannyaMy ComLuv Profile

  7. zezebel says:

    kalau ada function macam ni dekat blogger kan best.
    Blog saya baru jer tak sampai sebulan, dah ada ramai spammer masuk. Issssh….
    zezebel´s last blog ..My niece say smileMy ComLuv Profile

  8. zool says:

    Aku penah kena .. IP aku tak lepas akismet.. tak tau kenapa.. bila aku tinggalkan komen kat blog takde.. ntahlah

  9. Mr.Z says:

    memang kena sentiasa cek la kan akismet ni..
    biasala, bukan ia dapat detect spam 100% tepat kan..
    kadang2 sebab 1st time commenter tu komen di blog kita, tu dia detect spam.. :)
    Mr.Z´s last blog ..Sanggup Mengambil Risiko Kerana Ingin Kelihatan CantikMy ComLuv Profile

  10. bujang3 says:

    selalu gak komen member kena tahan ngan Askimet nie…
    bujang3´s last blog ..Tragedi menyayat hati di bulan Ramadhan !!!My ComLuv Profile

  11. suri says:

    hati pelawat perlu di jaga..hatiku sapa nak jaga heee..

    benar tu dgn adanya benda ni maka spam akan sekat komen yang tak diingini..

    satu cadagan yang bagus dan harus ada pada smua blog :)

  12. etomyam says:

    menarik tu bro, aku pun selalu semak dulu spam, takut terdelete yang betul2 punya komen

  13. aimannajmy says:

    alamak aku x penah check dowh aduiih dah la dekat 350 lebih dia tahan..skali tgk besepah dia tahn komen org yang bek2..selamat ang abaq lut

  14. ishak says:

    aksimet ni ada jugak komen spam dia delete terus..contohnya malware dia akan delete terus….tapi kalau komen lain masuk spam ianya beerti komen tu harus diberi peluang kedua oleh yang empunya blog….:D
    ishak´s last blog ..5 cadangan untuk elak seks luar nikahMy ComLuv Profile

  15. hafizarshad says:

    kadang2 aksimet jugak tak tertahan disebabkan traffic yang masuk…heheh

  16. Hadi Rofiee says:

    Bagus artikel. Saya juga pernah jd mcm tu.. t’kejut juga. :-)

  17. hafizmd says:

    betullah bro..akismet mmg power..dulu aku pkai wp spam free…byk juge yg kena tapis..masalahnya..takleh nak retrive plak spamnye..

    baru jer stat pakai akismet ni..dan tiap2 hari jugak check spam box tuh..ade jugak yg tersangkut satu dua yg bukan spam…hehe

    thanks bro :D
    hafizmd´s last blog ..Nasi ayam penyet kini di GombakMy ComLuv Profile

  18. Ladfe Amir says:

    Madlut
    betul tu.
    selalu juga mana yang bagi komen kena disahkan dulu oleh aku sebab dah masuk kat spam.

    ada juga yang spam aku pegi approve utk komen, tapi aku dah remove balik sbb dia panggil kawan2 dia komen sekali.

    mana2 yang aku approve utk lulus, bila komen kali kedua, terus automatik approve termasuklah ko punye komen
    Ladfe Amir´s last blog ..Doa Yang DimakbulkanMy ComLuv Profile

  19. kat blog aku pun selalu terjadi.. hehe
    Hidup Seorang Blogger´s last blog ..Gaya Hidup Seorang Blogger Separuh MasaMy ComLuv Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled