Petang tadi, aku memandu dari Lumut, Perak ke Penang. Semuanya gara-gara kerana menghantar abang aku yang sedang belajar di Unikl Mimet. Macam biasa, sambil memandu dengar radio. Stesen radio pilihan petang tadi adalah X-fm.
Satu demi satu lagu muzik Malaysia diputarkan, hinggalah ke Ruangan Brother Love. Sedikit makluman, ruangan brother love adalah ruangan yang konon-kononya cuba menyelesai permasalahan cinta yang dihadapi oleh pendengar X-fm (tapi aku rasa, bukan menyelesaikan, tapi memburukkan lagi adalah
). Selalunya, masalah-masalah yang diutarakan adalah biasa-biasa sahaja. Tapi, kes cinta si pendengar tadi, agak menarik, dan juga membuat aku terkejut. Begini situasinya.
Samad mengSMS brother love, memberitahu bahawa tunangnya ingin memutuskan pertunangan hanya kerana dia seorang penjual burger.
lalu brother love pun call tunang samad. Beginilah lebih kurang perbualan mereka (setakat yang aku ingat je la, nama sebenar aku malas nak letak, nanti mereka saman aku..haha)
Brother Love: Helo, awk kenal tak si S tak. Dengar kata awak nk putus tunang, sebab dia keja jual burger.
Tunang S; Hah! Kenapa mesti dia bagitahu awak? memang pun, sebab dia takde masa depan, saya nk hidup yang lebih terjamin.
Brother Love: Mana awak tahu penjual burger takde masa depan?
Tunang S: Takde, dari dulu asyik cakap nak berubah, tapi takde ape pun, cakap tak serupa bikin, hello, saya nak hidup yang terjamin ok. Dia mampu ke bagi?
Brother Love: Awak tue kelas sangat ke? sampai pandang hina pada penjual burger?
Tunang S: Mestila, saya nak yang berduit, kaya, zaman sekarang memang kena berduit…bla..bla…bla…
Brother Love: Jadi kenapa dulu awak boleh terima dia?
Tunang S: Dia la yang tergila-gilakan i, dah dia tergila-gilakan i, i pun macam ok la…tapi sampai sekarang ape pun takde…asyik cakap je nak berubah, tak berubah-rubah pun…bla..bla
Brother Love: Jadi, betulla awak ada orang ketiga?
Tunang S: Ye, dia ada hensem, kaya, bukan macam si samad tue, dah la tak hensem, ape pun takde, asyik cakap je, tapi tak berubah-rubah pun..bla..bla..bla
Kemudian , S pun turut berada ke talian…
S: I dah berubah la, i dah beli lori la..
Tunang samad: Ape you nak bawak i naek lori??…i xnak la naek lori….you ape pun xde, dari dulu asyik cakap saje…
Samad: ala…mana ada i nak bawak you naek lori, kita naek moto la, lori tue untuk perniagaan i…i tau, you suke dia sebab dia selalu belikan handbag dan handbeg berjenama..
Tunang S: Memang la, dia selalu belikan macam-macam, ada you belikan untuk i?
Samad: I belikan you gelang ape..
Tunang samad: Dah la, aku dah tak nak kau la, kau dah la tak hensem, tak berduit..aku tak nk kau la bodoh…nanti aku bagitahu family kau, kita putus..tut..tut (talian mati di situ)
Kemudian, Samad pun disabarkan (di-apikan) oleh brother love supaya lupakan tunangnya dan buktikan pada tunangnya, yang penjual burger pun boleh berjaya…
Apa komen anda?
Nota: Dialog diatas tidaklah 100% sebijik macam perbualan sebenar, sebab aku tak ingat 100%, tapi lebih kurang begitulah. Rasanya perbualan sebenar lebih PANAS!!
wah, gini punya rancangan pun ada ke? apa faedah yg brother love dapat dari jadi org tengah kes macam tu…ishk, pada aku bab2 mcm ni biar settle cara baetul, bukan ikut radio jer…huhu
ada..rancangan brother love x – fm, best jugak dengar…tp, sy rasa, memang tak perlu pun g report ka brother love tue. tak pasal-pasal 1 malaysia tahu..
hehe…panas jer…nak komen apa eh.
Samad ada jodoh lain, ex dia ada jodoh lain..haha
bukan bab jodoh jd isu..
tapi bab ex dia tue putus tunang sebab si samad tue keja jual burger…padahal samad tu dah beli lori..haha
hahah..sebenarnya..tu just alasan pompuan tuh jer.. dia dh ada yg lagi better, sbb tu tinggal tuh..hehe..
ejoncb´s last blog ..Ada apa dgn cuti kali ni
petua dari orang-orang dulu :-

“carilah calon yang sukakan kita bukan kita yang sukakan dia ” -merujuk kepada kes penjual burger ini
sangilapi´s last blog ..kegigihan itu perlu
hehe…walaupun kita tidak sukakan dia??..
memang macam tu lah nasib..tapi kita mesti cari orang yang setia…bagi akulah kalau orang perempuan betul 2 tu suka aku baru aku mahu dia jadi kekasih.kalau dia tak suka..kita sahaja yang gilakan dia..hadus..masuk angin keluar nyawa lah heheh
ishak´s last blog ..Ali Mamak mengeluh bila Maya Karin dan suaminya bercerai
Bro p penang,singah sekali sini kita minum kopi sekali bro..hehe
haha..buleh2..xdai hai punya…aku dok ada ja area usm tuh
elok jugak si penjual burger tu tau perangai tunag dia tu awal-awal…. kalau dah kahwin baru tau perangai mata duitan cam tu…lagi naya…dah berkahwin pas tu bercerai, kan buruk bunyinye tu..Carila pompuan lain yang menghargai diri kita hanya kerana diri kita, bukan wang ringgit kita!!!! Eh!!! panjang pulak komen aku nie!!!!
bujang3´s last blog ..Seratus persen cintakuuu!!!!
hahah..panjang pun xpe..kalau boleh memang kita nak perempuan yang menghargai dan sayang kita..tapi yang tu yang payah tue…
cari biarlah yang sepadan..tak tahu pulak ada rancangan macam nie..huhu
zik´s last blog ..Bijak wang- perkara asas yang anda perlu tahu mengenai unit trust
try dengar x-fresh fm…ada slot brother love…
Salam kenal, singgah – singgah le ke blog saya nanti yee untuk jadi keman berblogging
Tak guna punya tunang pikir kebendaan jee…….
boleh…saya mesti singgah nanti
sememangnya ada orang materialistik
hoo tak patut gtu..jual bger tu pun kira kerjaya yang halal gak.kida dia dah ada busines sndri apa..
pmpun yg pandag pada hart idup tak kemana.skr harta mmg prnting tapi tak semestinya harta blh di tukar ganti dgn kasih sayang.
tu namoak sgt dia tak sanggup nak hidup susah sng dgn tunagnya.baru susah sikit dah mengalah..adeh..cari lain jer
suri yankin tuang dia msti akan betjaya 1 hri nnti.mana tau bukak cawangan buger.macam nice beger kat ipoh ne heheee
kalau dengar sendiri..memang tak patut sgt lah…tp yg lelaki tu pun maybe ada kesilapan dia jugak..
“carilah calon yang sukakan kita bukan kita yang sukakan dia ” (sangilapi)
xleh ikut care ni, sbb kena ksian dri sndiri yg xsukekan die dulu dri kesian die yg sukekan kite..ape2 yg dia buat pun kang timbul rse geli..haha
bnyk lgi aweks yg cun kat luar sana.
bila kahwin dan si samad tu dah susah nanti.
mesti x tahan nak hidup.jadi blah la.ikut
jantan lain……….
Ali ridha´s last blog ..Main WIFI Restoran Permai Baru