Klik Untuk Makna Perkataan

Bila dah mengadap Laptop atau PC, dah tentu tak boleh lari dari Bahasa Inggeris kan (sebab mana ada Windows dalam Bahasa Melayu:)). Tambah-tambah bila berjalan-jalan di Internet, memang kena gunalah Bahasa Inggeris. Rakyat Malaysia sekarang pun dah ramai yang celik Inggeris. Baguslah kan?

Tahap bahasa Inggeris aku pulak? Bolehla sikit-sikit. Setakat Yes, No, Thank You, Alright, takde masalahlah. Kamu pulak macam mana? Tapi dunia vocab inggeris nie sangat luas. Perkataan baru sentiasa muncul. Jadi, mungkin kadang-kadang semasa kamu sedang asyik membaca artikel, or novel online ke, tetiba ada satu dua patah perkataan yang kamu tak faham. So, kebiasaanya, apa yang kamu buat? Kalau aku dulu, apa lagi, belek kamus lah.

Tapi selak kamus, makan masa sikit. Kamus fizikal jugak susah nak dibawa ke sana kemari. Biasanya kita akan tinggal dalam bilik tempat kita study. Tapi sekarang dunia dah maju dan teknologi dah canggih. Software kamus pun banyak. Sesiapa yang ada iPhone pun best, boleh tekan je app kamus dalam iPhone tue. Orang macam aku nie, tak mampu nak pakai iPhone la pulak..hehe, tapi, itu tak menghalang aku untuk mengetahui makna perkataan Inggeris yang aku tak tahu.

Dengan extension Google Dictionary Lookup, aku tak perlu lagi selak kamus

Google Dictionary Lookup adalah extension (jika Firexfox, dipanggil add-on) untuk Google Chrome. Kelebihan extension ini, adalah kita tak perlu lagi selak kamus jika kita nak tahu makna perkataan Bahasa Inggeris. Katakanlah ketika kamu sedang membaca artikel di internet, jika terdapat perkataan yang tidak difahami, kamu hanya perlu klik pada perkataan tersebut, dan kotak kuning yang mengandungi penerangan tentang makna perkataan tersebut akan muncul. Mudah kan?

Jika kamu masih kurang faham berdasarkan penerangan yang diberi dalam kotak kuning, kamua boleh klik pada link more. Selepas klik, kamu akan dibawa ke tab yang baru, yang memberikan penerangan lebih terperinci. Malah, bunyi sebutan dan contoh penggunaan juga disediakan.

Pendek kata, ia adalah Kamus yang boleh diakses dengan hanya klik pada perkataan sahaja. Tapi, ia cuma ada versi Inggeris – Inggeris. Tiada versi Inggeris Melayu. Maknanya, penerangan yang diberikan tentang perkataan itu adalah dalam bahasa Inggeris. Walaupun begitu, ia memadai untuk memberi pemahaman tentang makna dan cara penggunaan seseuatu perkataan.

Namun, extension ini hanyalah untuk Google Chrome. Untuk Firefox, saya akan cuba cari add on sebegini nanti jika ada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About madlut

Insan biasa. Tidak sempurna. Penuh tercela. Aku dijadikan asalnya tiada apa-apa. Sedang berjalan mengenal tuhanku. Jika aku berhujah, itu hanya pandanganku semata-mata, bukan fatwa. Bisa salah dimatamu. Andai begitu, tegurlah aku.
This entry was posted in blogging. Bookmark the permalink.

14 Responses to Klik Untuk Makna Perkataan

  1. etomyam says:

    bagus extension ni, tak lah susah2 nak cari translator nanti, terima kasih atas perkongsian ni
    etomyam´s last [type] ..Klasik- RAzmi Pak Hitam &amp Senyuman Yang Manis

  2. donnyien says:

    Sebelum ni selalu guna Google Translite je.Aku baru tahu yg ni.cun bro,thanks for sharing.

  3. ejoncb says:

    mmg lagi sng mcm ni kan. sambil blajar sambil surf.

  4. sangilapi says:

    kamus fizikal ke e-kamus ke memang aku tak perlu-bukan kerana aku dah mahir BI tapi memang aku jenis malas nak membaca dalam BI ni :)

    apapun terima kasih di atas perkongsian ini :)
    sangilapi´s last [type] ..kesuraman bermula

  5. bujang3 says:

    bagus info nie..tapi buat masa nie aku guna software Collins Cobuild Dic… boleh la …siap ada pronunciation lagi… sama ler cam yang ko citer tu
    bujang3´s last [type] ..Minyak naik lagiii!!!! Parah la macam nie !!!!

  6. nadia says:

    bagus… kalau x kea g kat website dictionary dulu…. nak2 kalau internet connection lembab mmg x dptlah makana vocab tu

  7. Ali ridha says:

    janji kita ada belajar gak
    sikit dari kamus online……..
    Ali ridha´s last [type] ..Main WIFI Restoran Permai Baru

  8. noriza says:

    macam mana nak dapat maksud perkataan ni.

  9. atiqah says:

    ini kamus dewan ke.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge