Smart Blogging..part 2

Aku masih lagi ingin memperkatakan tentang seminar smart blogging yang aku hadiri pada 25 April lalu, ya, aku sudah cerita pasal seminar SB nie dlm entri terdahulu, jadi, kenapa aku nak cerita lagi?

Pengalaman menghadiri SB memberi kepuasan yang sangat memuaskan, orang kata, BAEK PUNYA….kalau SB itu sejenis minuman berkarbonat, pasti brrrrrrrrr selepas minum. Ini bukan bodek, kalau tak percaya, lihatlah blog peserta lain seperti mijie, drInspirasi, aktechpage, Kak lin, hasbul, bangNara, zuraidi dan lain-lain (maaf sebab tak ingat semua). Rata-ratanya menerbitkan entri yang positif pasal SB. 1 lagi bukti yang SB nie memang bagus, bekas peserta yang dah berjaya mcm Alan Tan (kat WC dia sangat femes) pun sanggup datang buat kali ke-2. Pe kehenye yob dah success pun sanggup datang?

Smart Blogging 25 April 2010, satu pengalaman berharga

Ok, stop puji lebih-lebih, balik pada tajuk asal, mengenai pengalaman yang akan aku ingat sepanjang smart blogging nie.

1. Dijemput dan dihantar ke Airport
Kadang-kadang benda tu nampak kecil, tapi bila dilakukan, orang akan ingat. Inilah benda yang paling aku akan ingat sekali. Kerana pengalaman aku menghadiri seminar lain, belum ada yang organizer yang pernah jemput dan hantar. Tapi untuk SB, sesampainya aku di airport Senai, aku cuma perlu call ijad. Ijad dengan machonya menjawab, “Ok2tunggu sekejap eh“. Lebih kurang 15 minit, dia pun sampai. Tak payah susah-susah cari bas, cari taxi, yang aku sendiri pun tak familiar dengannya (al-maklumlah, bukan tempat aku, silap haribulan kena cekik darah, dah le aku cakap kedah pure).

2. Diberi makan secukupnya.
Sekarang aku faham kenapa geng blogger JB tegap2 orangnya …;), mereka memang suka makan. Seawal 8 pagi peserta yang menginap di hotel disediakan breakfast (nasi lemak, telur, roti bakar, radix). Kemudian, after sesi perkenalan ada minum pagi (mee goreng kalau x silap). Tengahari, yang paling best, Nasi ayam penyek. Jujur aku cakap, aku tak pernah makan nasi ayam penyek. Inilah kali pertama aku makan. Memang sedap sampai 2x tambah. Petang, ada sesi minum petang lagi. 5 kali makan dalam sehari. Kalau seminar tu tamat malam, rasanya mesti makan malam pun disediakan.

sesi minum pagi..minum di sebelah kanan adalah abangNara dan di kiri adalah drInspirasi

lunch..nasi ayam penyek..2x tambah, di sebelah kanan adalah boss hujanbatu dan di sebelah kiri adalah En.Ariffin

minum petang, disebelah adalah aiman dari kedah dan En.zuraidi

3. Penginapan yang sangat selesa dengan harga yang sangat murah.
Organize menguruskan penginapan yang memang selesa. Hotel dengan 2 katil bujang, ada aircond, TV, lengkap dengan heater cuma perlu bayar RM39 sahaja untuk malam. Kat Penang tak dapat la rate murah  untuk bilik yang macam tu (kurang-kurang RM75 1 kepala). Disebabkan penat perjalanan jauh. berserta kenyang selepas makan, aku tidur dengan nyenyak tanpa gangguan.

4. Talk yang diberikan oleh Ijad sangat menarik, slumber dan tak bosan
Salah 1 tabiat buruk aku, aku cepat mengantuk bila dengar talk kalau talk tu bosan (khutbah jumaat pun selalu tertido). Ijad punya pitching mase bagi talk, memang always bersemangat, suara dia jelas even x pakai mic, and speech dia x flat  (macam program reality pulak aku komen). Content takyah cakap la, memang menarik2 belaka. Dari mula seminar pukul 8.30 pagi, sampai 5.30 petang, aku langsung tak mengantuk (yang mana agak berlawanan dengan fitrah aku). Sampai satu tahap, aku nak terkencing, aku sanggup tahan sebab aku rasa rugi kalau aku terlepas apa yang ijad nak sampaikan. Dekat setengah jam jugak la aku tahan..haha

macam-macam gaya..sbb tu tak bosan

fokus-fokus..jangan tido

aku..menahan kencing..haha

5. Live testimonial (aku tak fikir mereka ini rakan JV or kroni or sekutu, kerana ada yang sanggup drive dari Melaka, semata-mata nak support SB).
The first live testimonial bagi aku adalah Alan Tan dan AbangNara. Alan Tan bagi aku adalah orang yang otai, dia bukan takat blogging, Clickbank, Adsense  pun dia power (try usha WC). Abang Nara pulak, pemilik blog gosip artis no 1 kat Malaysia nie. Traffik blog dia jangan cakap la. Sebulan juta-juta traffik. Income nuffnang aje pun aku dengar dekat 5k per month. Bagi aku, kalau dah 2 orang yang memang dah otai nie sanggup datang SB nie, sah2 la SB nie bagus. Then, live testimonial lain macam shaffik, nuaeman, boy bersahaje, boss hujanbatu. Ada juga emy sharil yang sanggup drive dari Melaka sbb nak share pengalaman manisnya.

Alan Tan..mengahdiri SB buat ke 2 kalinya

AbangNara yang blognya trafik juta2 pun mai jugak...

blogger wanmus

blogger nuaeman

blogger shaffik

boss hujan batu.."paling minimum, 3K"..katanya

boy bersahaje..memang nampak bersahaje pun orangnya

6. Dapat tengok abang Nara Live (blog abang nara adalah blog wajib bukak aku, haha)
Blog beautifulnara adalah blog kegemaran aku. Dan abangNara nie jugak adalah idola aku. Keunikan blog abangNara nie adalah post-postnya. Bukan macam blog-blog gosip artis lain yang sekadar melaporkan. Post abangNara agak kreatif dan punya sindiran dalam gurauan. Sindiran dalam gurauan? macam mana tu? cuba baca dialog pada gambar setiap post..korang mesti akan gelak..haha

nampak ceria kan???..sbb SB nie memang best

Graduate from UTM..haha

Nie la antara pengalaman-pengalaman berharga aku sepanjang SB. Bukan bodek or ape. Benda kalau baik, aku sebut. Kalau x baik, samada aku diam, or aku sebut jugak.

p/s: Nie entri last kot pasal Smart blogging. Takut nanti orang bosan pulak asyik Smart blogging je.. ;)

credit pic:http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=1834527586&ref=ts

photographer: blogger shaffik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About madlut

Mohd Lutfi atau lebih dikenali dengan nama madlut. Seorang lelaki tulen dan masih lagi belajar. Minat bersukan. Jika anda berada di Pulau Pinang, dan nak ajak madlut main futsal atau main bola, silalah hubungi saya..haha
This entry was posted in blogging, lain-lain. Bookmark the permalink.

31 Responses to Smart Blogging..part 2

  1. sangilapi says:

    no.1 tu mana nak cari kan ! tapi itulah dia,sikap sifu kita :)

    yang no.4 tu sama sebijik macam aku…..kalis mengantuk dan sanggup tahan kencing…..rugi wooo kalau terlepas mana-mana point :)

    yang lain-lain tu,aku turut bersetuju jugak :)

  2. ejoncb says:

    Tula, satu kerugian pulak tak pergi. UTM salah satu U yg tak pernah pergi. Yang len sume dah lawat. Lg 2.bulan nak join seminar or PC dia gak.

  3. mijie says:

    pendapat yg ikhlas dari tuan tanah

    hello org diluar sana, ada org sanggup naik kapal terbang pergi seminar ijad

    lu fikirlah sendiri

    • madlut says:

      betul2..orang2 di luar sana..kalau ada tergerak hati nak join smart blogging…pegi aje..berbaloi-baloi :)

      • mijie says:

        wah, dah tambah plugin baru nampak, em niche blog mcm mana bro? sudah jalan ke

        • admin says:

          tu lah..dok try n error plugin yang membolehkan reply direct ke komen..baru jumpa..huhu..
          niche blog dah jalan 1…lagi 2 baru install wordpress dan belum ada pos..
          bro pe citer? dah jalan 3 3 ke?

        • mijie says:

          mantap la bro, guna je wp thread comment, bro pakai plugin apa?

          sy baru beli satu je, dua lagi dalam proses nak beli minggu ni

          tunggu minggu ni nak settlekan semua

          • admin says:

            tu la pasal…dok2 cari2 plugin yang sesuai..last baru jumpa we thread comment nieh..huhu..

            tp bro lagi mantap..dah pecah telur 2.5 usd..cayalah..

  4. Pingback: rohaizad dot com » Malam tadi beku, pagi ini terharu.

  5. aktechpage.com says:

    I love smart blogging tooo …. :P

  6. Cyza says:

    Semoga lepas ni ko dapat korek income lebat…haha…
    Cyza´s last blog ..Proton Exora versus Perodua Alza My ComLuv Profile

  7. wandisini says:

    macam best je dengar pergi seminar itu. membuka hati aku untuk mencuba mana2 seminar yang berdekatan.

  8. drInspirasi says:

    hoho..testimonial yang mengharukan! tapi memang tepat

  9. aimannajmy says:

    mak aihh dh lebih cukup sebulan seminar aku bru berjaya belajar setup blog.com… adoii lembap betui aku…tp mak aiiihh xleh blah pic aku tgh mkn tuhh..perut x smpt cover lgsg..teserlah kebuncitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled