Kerana “cinta pandang pertama”

cinta pandang pertama

Hari ini 13 may, entri terakhir yang aku  hasilkan adalah pada 11 May 2005, dalam 2 hari lepaslah…rasa macam dah lama pulak tak update, haha. nampaknya momentum seminar smart blogging masih kuat (aku harap momentum tu tak hilang, kalau hilang tak KENTALlah..), Mungkin nilah rasanya  perasaan seorang blogger, bila tak buat entri, rasa there must be something wrong somewhere. Walaupun pembaca blog nie takdelah sehebat blog tukang kasut yang pandai berenang, abang jo a.k.a sangilapi, namun tak kisahlah tak ramai pun, janji update, bila update rasa puas lain macam..oh.

Aku bukanlah bergembira tak ingat dunia sebab chelsea menang, haha…tapi dalam 2 hari ini, aku mengalami sindrom yang aku gelarkan gila coding. Semuanya gara-gara lepas aku mengspy blog tech mijie. Tengok theme blog tech dia, mak ai…simple, kemas, clean, manakala theme blog tech aku walaupun  canggih, tapi tak bercirikan web 2.0,  pastu pulak tak user friendly, sebab takde fungsi “widget ready”, maka membuatkan aku amat tidak puas ati, aku nak theme kemas (bukanlah sama sebijik) ala2 mijie jugak. nak jugak..aku nak jugak kerna:

“saya percaya cinta pandang pertama, buat blog cantiik-cantik, nanti advertiser senang jatuh cinta”
kata-kata hikmat oleh boy_bersahaje, Fuhyoo fm.

Maka bermulah proses mencari theme, cari punya cari, jumpalah 1 lubuk theme dimana theme-theme yang ada kat situ semuanya memenuhi kriteria wanita idaman yang aku cari, simple, kemas, clean, dan ada ciri web2.0. Apa lagi, aku download selagi boleh, simpan buat stock, kalau tak guna untuk blog yang ada, mungkin akan guna untuk blog yang akan datang. Bukan apa, kadang, theme yang cantik, hari ini kita tengok free, esok lusa dah berbayar. Jadi sebelum theme-theme tue dipremiumkan, baik aku cop dulu, hehe.

Punya la suka dapat theme yang rasanya dah perfect, apa lagi, kasi mau test dulu kat blog simulasi, (tak terus upload ke hosting). Tapi..arghh…bijak sungguh si theme provider tersebut. Kenapa? theme tue memang dah cantik, tapi untuk sesetangah function, dijadikan supaya kurang user friendly. Jika ingin mendapatkan theme yang sama yang lebih user friendly, haruslah menjadi membership yang mana kena bayarlah USD33..hampeh. Aku try cari support, tapi, dorang memang bijak..support jugak hanya disediakn untuk ahli berbayar..hmm, potong betullah.

Penangan “cinta pandang pertama”, memang kuat, aku nak jugak guna theme tue..haha, lalu bermulah sindrom “gila coding” aku. Dengan menggunakan segala kepakaran yang ada, aku gunakan jurus terhebat aku iaitu jurus blog simulasi xampp, aku gabungkan dengan hikmat dreamweaver. Aku kaji 1 persatu code-code rahsia yang ada dalam style.css, sidebar.php, single.php, function.php. Fuh…kadang2 sampai berpinau mata. Aku berhenti, tekan heater masak air (tiru skill sangilapi, pekena kopi secawan), aku sambung, kalau ok, aku teruskan, kalau berpinau jugak, aku tarik nafas panjang, aku berdiri atas kerusi, dari atas kerusi aku lompat ke katil..tido daa..zzzzzz

Dari malam sampai ke siang, malam takpelah, aku memang free. Siangnya, walaupun sepatutnya siang aku melakukan kerja-kerja makmal aku, gila coding punya cerita, aku cari jugak waktu. Aku tak puas ati kalau tak dapat ubah code-code dalam theme tue jadi macam yang aku nak.

Dan akhirnya, pada tengahari tadi…haha, my codes work well. Yehaaaa..tak kena beli premium theme, hoho. Jurus blog simulasi xampp, ditambah hikmat dreamweaver, akhirnya berkesan. Takde la cantik mana pun, tapi jadi la macam aku nak.hehe.  Alang buat perkasam, biar goreng pun sodap, aku tambahkan sekali ads adsense, amazon, bak kata ijad, bagi meriah..hehe.

Alhamdulillah, malam nie, dah boleh sambung baca blog sangilapi, mijie, beautifulnara dan member-member yang lain macam biasa. Untuk niche blog,  lepas  nie, bolehlah fokus pada update, update dan update. hehe…tu la penangan “cinta pandang pertama” aku. Takde kaitan pun dengan percintaan sebenar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About madlut

Mohd Lutfi atau lebih dikenali dengan nama madlut. Seorang lelaki tulen dan masih lagi belajar. Minat bersukan. Jika anda berada di Pulau Pinang, dan nak ajak madlut main futsal atau main bola, silalah hubungi saya..haha
This entry was posted in blogging, lain-lain. Bookmark the permalink.

15 Responses to Kerana “cinta pandang pertama”

  1. ejoncb says:

    nak jadi 1st…haha..
    Sebab itulah madlut membisu selama 1 haei suntuk. Tapi,, tak jatuh cinta pandang pertama pun tgk? fesyen baju tak menarik kot? ke mata saya kah yang berpinau-pinau?

  2. sangilapi says:

    madlut,blog aku manalah trafik lebat …ciput je !(apa pun terima kasih pada yang mengunjung)…begitu jugak pada ko,terima kasih kerana menyelitkan link blog aku :)

    tentu hati puas bila yang diusahakan berhasil…..satu kelebihan bila tau bab coding ni.

    psstt…kena rajin-rajin update blog,terutama niche blog,jangan sampai terlepas PR update yang terdekat ni…..:)
    sangilapi´s last blog ..rezeki tambahan My ComLuv Profile

  3. botak says:

    macam menarik..
    teringin jugak nk tengok hasilnya theme yang dah diadjust sendiri tu…
    hehe

  4. sangilapi says:

    “Hari ini 13 may, entri terakhir yang aku hasilkan adalah pada 11 May 2005, dalam 2 hari lepaslah…”…hehehe…..sekarang ni tahun bila,madlut ? :)
    sangilapi´s last blog ..rezeki tambahan My ComLuv Profile

  5. rohaizad says:

    Entri ni dah racun aku… nanti dah siap, nak tengoklah theme tu….!!!
    rohaizad´s last blog ..Alamat baru saya di U.S. My ComLuv Profile

  6. mijie says:

    oit mana komen aku sebelum ni, heheeheh sudah hilang ka?

    apa2 pun ko spy la tech blog aku tu, tak kesah pun..jangan jatuh ke orang lain yg tak patut tahu sudah, hehehe
    mijie´s last blog ..Update versi tension dengan broadband My ComLuv Profile

    • madlut says:

      mijie…ada komen kat entry nie ke? x masuk pun..maybe x masuk sbb bro komen gne berukband kot??

  7. samdaddycool says:

    Uishhh.. ganaz sungguh update coding.. bole belanja aku theme wordpress yg chantek2 tuu..
    samdaddycool´s last blog ..Sindrom ‘Monday Blues’ %$@^#&* My ComLuv Profile

  8. Pingback: gelaran rezeki | REZEKI MURAH

  9. Pingback: Blog lambat load, aku tukar theme | madlut.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled