Smart blogging..kenapa aku sanggup pergi

Rasanya belum terlambat untuk aku terbitkan entri bekaitan seminar smart blogging yang aku sertai 4 hari lepas bersamaan 25 April 2010. Apa yang bestnya pasal smart blogging si Rohaizad nie, sampaikan aku sanggup dengan tak berkiranya keluar duit RM400, + RM39 untuk penginapan, + RM153 untuk tiket penerbangan pergi dan balik. Kenapa aku pilih smart blogging, bukan PC ebay, seminar ebook or adsense, clickbank or whatever seminar yang giat diadakan bak cendawan lepas hujan.

Dari awal lagi (sebelum seminar), keinginan nak sertai SB (smart blogging) sangat kuat. Semuanya bermula apabila aku menjadi pembaca setia blog si Rohaizad. Hanya dengan membaca blognya, aku dapati dia nie lain sikit dari usahawan-usahawan internet yang ada kat Malaysia nie. Lain dari segi komitemen dan keikhalasan menyampaikan fakta. Buktinya, blog rohaizad diupdate paling kurang 2 hari sekali. Pada setiap entri, beliau akan membalas semua komen-komen yang ditulis. Penulisan beliau jenis yang “lepak” je, tapi berisi. baca pun tak boring. Aku bodek ke??…korang tak percaya bacalah blog nie sendiri,. tengoklah ruangan komen dibawah setiap entri. Semuanya dibalas waimah komen 1 ayat sekalipun.

Sebelum decide nak pergi seminar nie, aku baca dulu sales letternya. Terus terang aku cakap, aku langsung tak tertarik dengan sales letter SB nie. Tipulah kalau aku cakap kalau xde hype, sebab dah nama pun sales letter kan. Tp hypenya tidaklah berlebih lebihan, xde tabur janji manis boleh buat ribu-riban, siap declare lagi tak boleh jadi jutawan dengan blog. Pendek kata, hype bukalah hype tentang cara buat duit. Hypenya lebih kepada hype teknik-teknik berblog. Aku bodek lagi? pegilah baca sendiri sales letternya.

Faktor paling utama aku tak kisah keluar 7 ratus lebih untuk datang seminar nie, sebenarnya, aku rasakan seminar ada jawapan terhadap masalah aku. Masalah aku adalah, aku langsung tak pandai nak update blog. Aku ada banyak blog. Tak kiralah bahasa Melayu or Bahasa Inggeris. Aku buat blog untuk adsense, clickbank dan personal. Buatnya pandai. Tapi bab update, buat post, memang aku fail. Blog BM pun jarang update, apatah lagi blog BI. Jadilah blog-blog aku blog segan mati tak mahu.Aku bukan malas, tapi tiap kali aku tulis untuk update, aku rasa macam ada yang kurang. Tulisan aku macam xde sense. Aku pun x suka tulisan aku, takkan aku sendiri nak publish benda yang aku tak suka?? Maka, jadilah blog-blog aku nie berabuk tak diusik.  Jadi, aku rasa, dalam SB nie, maybe ada solution utk masalah aku nie. Mungkin ada teknik2 “smart” yang digunakan untuk update blog. Dalam kepala aku, kalau aku dah pandai update blog, takde masalah aku nak buat clickbank ke, adsense ke. kan?

Sebab kenapa aku aggap SB nie ada teknik “smart”, pertamanya dah nama pun SMART BLOGGING, mestilah method yang diajar pun smart-smart (method, bukan penganjurnye :) ). Yang keduanya, tengoklah blog si organizernya, rohaizad tuh, blog dia memanjang je update, kadang-kadang 2 kali dalam 1 hari. Tambah pulak, blog member-member dan anak didiknya jugak, memanjang je update. Dan, yang aku herannya, macam mana dia claim method blogging yang dia guna boleh dapat side income (blogging je, takyah jual ape2), sebab setahu aku, duit blogging nie nuffnang dan adsense je . Makin kuat aku rasa nak pergi SB nie.

Nie la antara sebab-sebab aku laburkan duit aku tuh, sebenarnya tak perlu banyak sebab, 1 sebab pun dah boleh jadi punca..haha.  Nanti, aku story pulak, apa yang terjadi masa seminar ni…:)

P/s: Semua pujian yang terdapat dalam post adalah ikhlas. Tiada unsur bodek, atau affiliate. Organizer SB tidak pernah menganjurkan sebarang program affiliate.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About madlut

Mohd Lutfi atau lebih dikenali dengan nama madlut. Seorang lelaki tulen dan masih lagi belajar. Minat bersukan. Jika anda berada di Pulau Pinang, dan nak ajak madlut main futsal atau main bola, silalah hubungi saya..haha
This entry was posted in blogging, lain-lain. Bookmark the permalink.

20 Responses to Smart blogging..kenapa aku sanggup pergi

  1. sangilapi says:

    sudah ada blog tapi tak berusik…..maka hidupkanlah blog tersebut :) (tempoh bertenang 90 hari tu,buatlah apa yang patut)

    dah ada asas dalam adsense dan lain-lain memang satu kelebihan :)

    apapun selamat bertenang dan rajin-rajin berhubung/bertanya dengan sifu/teman-teman seminar :)

  2. ejoncb says:

    Akhirnya dah berjaya gak yer sapu habuk2 kat blog nih. Well, gudluck yer tuk ber-blogging!

  3. Salam perkenalan dr aktechpage.com
    Jom sama2 kila blogging sampai mati…heheheh

    • admin says:

      salam perkenalan juga dari madlut.com..haha…
      “blogging sampai mati”…ayat dari seorang blogger kental..haha

  4. mijie says:

    bro ada sense la dalam menulis blog, seronoko aku baca

    blog aku tu lagi hampeh..menulis main taram je dan sampai jatuh hukum SYOK SENDIRI

    hahahah

  5. Pingback: rohaizad dot com » Malam tadi beku, pagi ini terharu.

  6. titan says:

    sebab kita tak tahu. lepas kita tahu apa yg kita mampu dapat dr blog tu, memang memanjang berupdate blog-blog tuh..
    titan´s last blog ..Komisen ke 27 dan 28 dari Text Link Ads My ComLuv Profile

  7. zam says:

    Bro,

    aku ingat ank buat review jugak..tnegok hang dah buat dulu ..hahaha.. takpe.insyaAllah.. barang baik kena ramai buat review… baru la penganjur rasa dihargai..mn tau lepas nih buat gathering …

    • madlut says:

      hehe..ala, bukan review pun, just menyampaikan apa yang kita rasa..sebab puas, seronok, sebab tu saya tulis, kalau hampeh, jangan haraplah nak tulis…thanks bro sudi jengok sini, nanti saya melwat sana pulak..:)

  8. hurm…mcm cute jer pengakuan ikhlas ni,mmg tak dengar unsur bodek pon..hurm,i pon selalu baca rohaizad tu. ikhlas lah tulisan dia..hehe
    p/s:en..rohaizad mesti touching baca statement ni)kuikui…
    reyta a.k.a melor´s last blog ..~ Another Brain Game ~ My ComLuv Profile

  9. hafizmd says:

    salam perkenalan..mmg ssb dahpun buktikan yg ade jalan utk buat duit dari blog..kalau tahu dan kene gayenye..moge sukses yer..yg penting kene konsisten (ni nasihat utk diri aku juge nie..adeh..)
    hafizmd´s last blog ..Abah..kami sayang abah My ComLuv Profile

    • madlut says:

      salam perkenalan..thanks sudi singgah sini ;) , yep betul, buat apa pun kalau sekerat jalan…hasil pun sekerat jalan lah (nasihat utk aku jugak)..

  10. reezluv says:

    bagus2.lepas ni nanti plak..banyak la ss akan keluar ye tak?heee

  11. salam perkenalan….troskan perjuangan br0…sy xdk pon basics sal blog.tga na blaja.arap2 kengkawan kt cni dpt membantu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled