madlut.com

"BUAT BETUL-BETUL"

ceit!!..dasar Farid Kamil..

Sekali sekala buat entri poyo, apa salahnya kan (^_^)

Nie mijie la punya pasal nie…aku tengok dia dapat baek punya, D.D you…mana boleh tahan beb!! Aku pun mencuba….keputusannya, buat aku senyum sampai ke telinga..hahahaha…oleh kerana aku terlalu gembira, aku nukilkan puisi (puisi ke?) ini untuknya. [Read the rest of this entry...]

Fungsi Look Up pada Microsoft Word

Mungkin ramai yang dah tahu, dan mungkin ramai yang tak tahu. Saya juga baru tahu, dan sekarang saya nak beritahu anda. Lets Look up..hehe

Dahulu, saya pernah berkongsi extension kamus pada browser Google chrome yang diberi nama Google Dictionary. Dengan Google Dictionary tersebut, kita dapat  menyemak makna perkataan Bahasa Inggeris yang tidak difahami semasa membaca sesebuah artikel, tanpa perlu selak kamus fizikal, yang kebiasannya kita memang malas nak usung kesana kemari sebab tebal dan berat. Jadi, extension Google Dictionary adalah sebagai alternatif kalau kita malas nak guna Kamus fizikal.

kamus

[Read the rest of this entry...]

Blogger yang terkentut

(Untuk lebih feeling, sila mainkan lagu ini)

Bagai Azura dan Zack, bagai Ali setan dan Asmidar, bagai Azroy dan Suzy. Begitu juga aku dan dia. Saat cinta gila-gila remaja kembang mekar, sebut sahaja mana pelusuk dunia yang indah, akan ku bawa si dia kesana,  menikmati indahnya flora dan fauna, memekar kasih menguntum cinta. [Read the rest of this entry...]

Bukan senang terkentut

Ini bukan entry blogger yang terkentut!!

Esok merupakan dateline bagi kerja sekolah yang ketiga oleh cikgu ijad. Dah 5 hari tugasan nie diberi, tapi macam biasalah, perangai aku tak pernah nak berubah-ubah, suka buat kerja last minit.

Pada aku tajuk tugasan kali nie memang agak mencabar, berbanding 2 tugasan yang sebelum ini. Blogger yang terkentut. Mencabar, Cukup-cukup  mencabar. Kenapa?

pening2..haha

[Read the rest of this entry...]

Juadah berbuka hari ini: Gulai Ikan Patin

Hari ini mau rilex sikit, jadi entry pun cerita yang rileks-rileks je..hehe

Aku sekarang di kampung, dah 2 hari bercuti sempena Nuzul quran. Walaupun di rumah di kampung, tapi masih lagi mengamalkan corak kehidupan di rumah bujang, lepas sahur, apalagi tidola..hehe.

Dalam lebih kurang pukul 9 pagi tue (tido kat ruang tamu), jam loceng yang tidak diset pun berbunyi (nenek aku daa…). Lut..bangun…bangun….. Aku masih lagi nak tidur, tapi dah tersedar. Nak bangun pulak malas…ahhh, tido la balik.  Baru je nak pejam mata semula…jam loceng yang tidak diset kedua pulak berbunyi (mak aku daa..). Lut..bangun…bangun…..Alahai, nak tak nak kena la bangun walaupun niat di hati nak sambung tido.

Patut la nenek aku beria kejutkan aku, padahal sebelum nie jarang dia kejutkan melainkan time subuh. Rupa-rupanya nak mintak tolong aku cucikan kolam ikannya. Kolam ikan tue memang dah lama tak dicuci, sejak bertukar maid 2 bulan yang lalu. Maid yang lama selalu cuci. Maid yang baru nie takut nak cuci, sebab al-maklumlah, kolam tue memang kolam ikan perhiasan, tapi isinya bukan ikan perhiasan, tapi ikan ternakan. Ikan apa? Ikan Patin dan Ikan Kaloi. Saiz ikan tersebut memang besar-besar la jugak, seekor dalam purata 500g ke 1 kg. Maid tue jadi takut nak cuci. Geli dan takut kena sengat katanya. Tak pe, nak buat macam mana.

Kolam Ikan

[Read the rest of this entry...]

Kekuatan, bukan kelemahan

Kadang-kadang, apa yang diperlukan untuk melangkah, untuk melakukan sesuatu, untuk mencapai apa yang dihajati, adalah percaya pada kekuatan diri sendiri. Ya, tumpukan pada kekuatan sahaja. Kelemahan? Abaikan sahaja. Lihat pada kekuatan diri sendiri dan percaya yang kita boleh lakukan sesuatu dengan kekuatan tersebut. Bergerak, melangkah, dan berusaha dengannya. Sebaliknya, jika terlalu memikirkan kelemahan, hanya akan membuat kita rasa serba kekurangan. Perasaan serba kekurangan hanya akan menghadirkan berbagai lagi perasaan negatif yang lain seperti tidak yakin, gementar, dan gugup. Perasaan – perasaan seperti tidak yakin, gementar dan gugup, akan membuatkan kita takut untuk melangkah. Takut untuk bertindak. [Read the rest of this entry...]

Akismet tersilap.

Bagi yang berblog menggunakan platform wordpress, tak dinafikan lagi, Plugin akismet memang power dalam menapis komen-komen spam yang masuk. Di blog ini, sehingga sebelum artikel ini ditulis, akismet telah berjaya menangkap 17 komen spam. Spam komen biasanya datang bukan dari Malaysia (berbahasa inggeris), mempunyai link, dan ayat-ayatnya biasanya berbentuk promosi atau tidak berkaitan dengan artikel. Alah..nampak sangat spam sebab blog nie bahasa Melayu, komennya pulak bahasa inggeris…bukan ke pelik tue.

Akismet tersilap1

[Read the rest of this entry...]

Hukum Karma Blogging

Hukum karma blogging? lain macam je bunyinya?

Secara ringkasnya, kepercayaan yang menjadi tunjang dalam hukum karma adalah, setiap kejadian yang berlaku kepada seseorang, adalah refleksi, atau akibat daripada tindakan yang dilakukannya. Atau secara ringkasnya, setiap perbuatan akan mendapat balasan yang setimpal. Jika baik perbuatannya, maka baiklah balasannya. Jika buruk perbuatannya, buruklah balasannya.

Hukum karma berblogging

[Read the rest of this entry...]

Sambutan Kemerdekaan kali nie hambar?

2 3 hari lepas, ada menonton laporan berita di TV9 mengenai sambutan kemerdekaan Malaysia tahun ini. Rata-rata respondan mengatakan bahawa sambutan kemerdekaan kali ini sedikit hambar. Aku sendiri pun merasakan begitu. Sampai sekarang, aku tak tengok lagi pun walau 1 iklan merdeka kat t.v. Mungkin iklan tak banyak atau aku yang jarang tengok t.v. Tapi, tak jugak rasanya, sebab tahun lepas aku rasa meriah juga sambutan kemerdekaannya. Bendera pun banyak dikibar tak kiralah samada di kereta-kereta, atau di bangunan-bangunan. Pertandingan membuat bendera terpanjang, bendera terpanjang daripada kek, bendera terpanjang daripada macam-macam lagi. Tapi, tahun nie, macam takde pun. Memang takde atau aku yang tak alert?. Kalau aku yang tak alert, kenapa pulak aku alert dengan berita TV9 tuh? hehe. Kenapa ye sambutan Merdeka kali ni hambar? Berikut adalah beberapa sebab yang boleh aku kaitkan. [Read the rest of this entry...]

Kisah si Penjual Burger

Dahulu, blog ini pernah menceritakan mengenai perihal samad, peniaga burger yang diminta oleh tunangnya supaya meumutuskan pertunangan mereka. Samad mengadu masalahnya pada radio x-fresh fm, dan masalah mereka itu telahpun ke-udara ke radio. Pada masa itu, saya mencari-cari kalau-kalau ada video atau rakaman, tapi malangnya tidak ketemu. Tetapi,sejak 2 3 hari lalu, rakaman itu meletup di facebook. Ini videonya.

Hmm…apa pandangan anda?

p/s: confirm saya takkan mengadu masalah cinta di radio…

wp